Apabila pekerja meletak jawatan atau diberhentikan perkhidmatan, bayaran tertentu seperti bayaran pemberhentian, bayaran sebagai ganti notis dan bayaran cuti mungkin perlu dibayar.

Bayaran Pemberhentian

Apabila pekerja diberhentikan, mereka mungkin akan menerima bayaran pemberhentian. Bayaran Pemberhentian adalah terkecuali daripada KWSP dan SOCSO/SIP. Tambahan pula, sebarang bahagian daripada bayaran pemberhentian yang dianggap sebagai pampasan untuk kehilangan pekerjaan (berlainan dengan ganjaran yang dibayar untuk perkhidmatan lepas) akan dikecualikan sepenuhnya atau sebahagian daripada PCB seperti berikut:

  • jika Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri berpuas hati bahawa pemberhentian tersebut disebabkan gangguan kesihatan, pampasan dikecualikan sepenuhnya; atau
  • dalam hal pembayaran yang dibuat berkaitan dengan tempoh pekerjaan dengan majikan yang sama atau dengan syarikat dalam kumpulan yang sama, pengecualian RM10,000 diberikan bagi setiap tahun genap perkhidmatan jika penggajian adalah dengan majikan yang sama atau dengan syarikat dalam kumpulan yang sama. Sila ambil perhatian bahawa tambahan RM10,000 untuk setiap tahun penuh perkhidmatan akan dikecualikan bagi mana-mana pekerja yang telah berhenti bekerja antara 1 Januari 2020 dan 31 Disember 2021, menjadikan jumlah pengecualian sebanyak RM20,000 untuk setiap tahun perkhidmatan penuh.

Dalam PayrollPanda, anda boleh menggunakan preset item Severance sekiranya bayaran pemberhentian adalah tertakluk sepenuhnya kepada PCB. Jika bayaran pemberhentian dikecualikan sebahagian atau sepenuhnya daripada PCB, anda boleh rujuk artikel bagaimana untuk anda menambah item penggajian khas.

*sila ambil maklum bahawa pengecualian PCB tidak terpakai kepada bayaran pampasan oleh syarikat terkawal kepada pengarah yang bukan pengarah perkhidmatan sepenuh masa

Bayaran Saguhati

Bayaran saguhati yang dibayar untuk persaraan atau penamatan kontrak dikecualikan daripada KWSP dan PERKESO/EIS. Pengecualian penuh PCB tersedia dalam beberapa kes (cth, bersara kerana tidak sihat, atau jika pekerja telah mencapai umur 55 tahun dan bekerja untuk majikan yang sama sekurang-kurangnya 10 tahun). Pengecualian separa PCB sebanyak RM1,000 setiap tahun genap perkhidmatan terpakai dalam kes persaraan dan penamatan kontrak.

Dalam Payroll Panda, anda boleh menggunakan preset item Gratuity (End Of Service Period) jika bayaran saguhati tertakluk sepenuhnya kepada PCB. Jika pembayaran saguhati dikecualikan sebahagian atau sepenuhnya daripada PCB, anda boleh rujuk artikel bagaimana untuk anda menambah item penggajian khas.

Bayaran sebagai ganti notis

Apabila pekerja diberhentikan, bayaran sebagai ganti notis dianggap sebagai pampasan bagi kehilangan pekerjaan oleh LHDN, ia juga tertakluk kepada pengecualian PCB yang sama seperti yang dinyatakan di atas. Bayaran sebagai ganti notis juga dikecualikan daripada KWSP dan SOCSO/SIP.

Sila baca artikel ini untuk mengetahui cara memcipta item payroll khas untuk Payment in lieu of notice kepada pekerja. Jika bayaran sebagai ganti notis perlu dibayar kepada syarikat oleh pekerja yang berhenti kerja dan tidak menghabiskan notis mereka, anda boleh menggunakan praset Net Salary Deduction kami untuk memotong gaji pekerja.

Bayaran Cuti

Pekerja yang menamatkan perkhidmatan mereka bersama syarikat anda boleh diberi pampasan untuk sebarang cuti tahunan yang tidak digunakan. Bagi pekerja yang dilindungi di bawah Akta Pekerjaan, gaji cuti minimum hendaklah dikira menggunakan 26 hari bekerja untuk mendapatkan kadar gaji biasa (upah* /26). Bagaimanapun, sebarang jumlah bayaran yang lebih menguntungkan pekerja berbanding bayaran cuti minimum juga boleh diterima. Jadi, untuk pekerja yang bekerja 5 hari seminggu, kebiasaannya menggunakan kiraan 22 hari bekerja (atau 21.75 iaitu 261 hari bekerja tahunan dibahagi dengan 12 bulan).

Bayaran Cuti adalah tertakluk kepada semua caruman statutori.

Dalam PayrollPanda, anda boleh menggunakan item Leave Pay dan ditambahkan ke payroll anda.

*Upah di sini bermaksud:

Upah bererti gaji pokok dan pembayaran-pembayaran lain secara tunai yang perlu dibayar kepada pekerja untuk kerja yang dilakukan mengikut kontrak perkhidmatannya tetapi tidak termasuk:

(a) nilai mana-mana penginapan rumah atau bekalan makanan, bahan bakar, cahaya atau air atau rawatan perubatan, atau kemudahan atau perkhidmatan yang diluluskan;

(b) apa-apa caruman yang dibayar oleh majikan untuk akaunnya sendiri ke mana-mana dana pencen, dana simpanan, skim superannuasi, pemberhentian kerja, skim pemberhentian kerja atau persaraan, atau skim lain yang ditubuhkan untuk kepentingan atau kebajikan pekerja;

(c) apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsensi perjalanan;

(d) apa-apa jumlah yang perlu dibayar kepada pekerja untuk menanggung perbelanjaan khas yang diperlukan oleh kerana jenis pekerjaannya;

(e) apa-apa ganjaran yang perlu dibayar semasa pelepasan atau persaraan; atau

(f) apa-apa bonus tahunan atau apa-apa bahagian daripada bonus tahunan.

Perkara berikut juga dikecualikan daripada takrif upah bagi tujuan pengiraan Bayaran Cuti di bawah Akta Kerja: sebarang bayaran yang dibuat di bawah skim pembayaran insentif yang diluluskan atau sebarang bayaran untuk kerja yang dilakukan pada cuti rehat atau pada mana-mana hari cuti umum yang diwartakan yang diberikan oleh majikan di bawah kontrak perkhidmatan atau mana-mana hari yang digantikan dengan hari cuti umum yang diwartakan.

Tempah slot demo anda untuk ketahui lebih lanjut tentang sistem payroll kami.

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.