Anda boleh menetapkan polisi payroll yang berbeza untuk pengiraan prorata gaji, kerja lebih masa, cuti tanpa gaji serta bayaran cuti di bawah Payroll Settings > Policies dan klik +Add.

Anda perlu memilih sama ada polisi ini terpakai kepada pekerja bergaji bulanan atau harian.

Anda perlu memilih pekerja yang akan menggunakan polisi ini.

Anda boleh mencari pekerja tertentu atau menggunakan ciri saringan seperti Location atau Deparment.

Kemudian, anda perlu menetapkan asas pengiraan bagi pengiraan prorata gaji, kerja lebih masa, cuti tanpa gaji serta bayaran cuti.

Salary Proration

Prorata gaji digunakan untuk pengiraan separuh bulan apabila pekerja menyertai atau berhenti kerja daripada syarikat, atau jika pekerja menerima kenaikan gaji pada bulan tersebut.

Formula bagi setiap pilihan asas pengiraan adalah:

  • Fixed days: Gaji * bilangan hari bekerja bermula tarikh penyertaan atau sehingga hari terakhir / bilangan fixed day.
  • Working days: Gaji * bilangan hari bekerja bermula tarikh penyertaan atau sehingga hari terakhir /bilangan total hari bekerja bulan berkenaan.
  • Calendar days: Gaji * bilangan hari bermula tarikh penyertaan atau sehingga hari terakhir / bilangan total hari dalam bulan berkenaan. Calendar days adalah asas yang diperuntukan di bawah Akta Kerja untuk semua pekerja mulai 1 Jan 2023.

Ambil maklum bahawa bilangan hari bekerja adalah berdasarkan hari kerja yang ditetapkan dalam tab Schedules, termasuk sebarang cuti kelepasan am.

Overtime base rate

Pilih asas untuk pengiraan kadar lebih masa setiap jam bagi item praset lebih masa automatik kami (Overtime x1, Overtime x1.5, Overtime x2, Overtime x3) dan sebarang item kerja lebih masa khas.

Formula untuk mengira kadar asas setiap jam lebih masa berdasarkan setiap pilihan asas adalah:

  • Fixed days: Gaji / bilangan hari fixed days / bilangan jam kerja normal sehari.
  • Working days: Gaji / bilangan total hari bekerja bulan berkenaan / bilangan jam kerja normal sehari.
  • Calendar days: Gaji / bilangan total hari dalam bulan berkenaan / bilangan jam kerja normal sehari.

Ambil maklum bahawa bilangan hari bekerja adalah berdasarkan hari kerja yang ditetapkan dalam tab Schedules, termasuk sebarang cuti kelepasan am.

Anda boleh tanda ‘Use previous month’s salary’ jika anda ingin mengira kadar lebih masa setiap jam berdasarkan gaji bulan terdahulu dan bukannya gaji bulan semasa.

Kadar gaji harian minimum bagi bayaran kerja lebih masa yang diperuntukan dalam Akta Kerja adalah 26 hari (ia terpakai kepada pekerja yang bergaji tidak melebihi RM4,000 mulai 1 Jan 2023), walaupun majikan juga boleh memilih sebarang asas pengiraan yang lebih memihak kepada pekerja (seperti 22 hari untuk pekerja yang bekerja 5 hari seminggu). Anda boleh memilih asas yang berbeza untuk mana-mana pekerja yang berhak mendapat kerja lebih masa di bawah Akta Kerja.

Unpaid leave days

Pilih asas untuk mengira kadar gaji harian bagi pengiraan cuti tanpa gaji.

Formula untuk mengira kadar gaji harian berdasarkan setiap pilihan asas adalah:

  • Fixed days: Gaji / bilangan fixed days.
  • Working days: Gaji / bilangan total hari bekerja bulan berkenaan.
  • Calendar days: Gaji / bilangan total hari dalam bulan berkenaan. Calendar days adalah asas yang diperuntukan di bawah Akta Kerja untuk semua pekerja mulai 1 Jan 2023.

Ambil maklum bahawa bilangan hari bekerja adalah berdasarkan hari kerja yang ditetapkan dalam tab Schedules, termasuk sebarang cuti kelepasan am.

Leave pay

Anda perlu memilih asas untuk mengira kadar gaji harian bagi pengiraaan bayaran cuti.

Formula untuk mengira kadar gaji harian berdasarkan setiap pilihan asas adalah:

  • Fixed days: Gaji / bilangan fixed days.
  • Working days: Gaji / bilangan total hari bekerja bulan berkenaan.
  • Calendar days: Gaji / bilangan total hari dalam bulan berkenaan.

Ambil maklum bahawa bilangan hari bekerja adalah berdasarkan hari kerja yang ditetapkan dalam tab Schedules, termasuk sebarang cuti kelepasan am.

Kadar gaji harian minimum bagi bayaran cuti yang tidak digunakan mengikut peruntukan Akta Kerja bagi pekerja yang menamatkan perkhidmatan mereka bersama syarikat anda adalah 26 hari, walaupun majikan juga boleh memilih sebarang asas pengiraan yang lebih memihak kepada pekerja (seperti 22 hari untuk pekerja yang bekerja 5 hari seminggu).

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.