PayrollPanda menyediakan lebih daripada 80 item praset payroll di dalam sistem. Anda boleh melihat tetapan statutori mereka di Settings > Payroll Settings > Payroll Items. Sekiranya item payroll kami tidak bersesuaian dengan elaun pembayaran gaji anda, anda boleh mencipta item payroll khas anda dengan klik pada butang +Add.

Terdapat 3 jenis item payroll khas yang anda boleh cipta: Addition, Deduction dan Overtime.

Addition

Anda boleh mencipta pembayaran khas dan menetapkan kategori untuk item tersebut supaya anda boleh mencarinya dengan mudah apabila anda ingin menambahkan item itu pada profil pekerja atau pada jadual payroll.

Anda boleh pilih antara bayaran sekali gus (Amount only) dan Per hour or unit (jika anda perlu memasukkan kadar dan unit). Kemudian, pilih sama ada amaun tersebut perlu dimasukkan dalam kiraan Gross dan/atau Net Pay.

Anda juga perlu memilih tetapan asal (default) sama ada item khas itu perlu diproratakan mengikut tarikh mula/berhenti kerja, serta jika item tersebut perlu diambil kira dalam pengiraan kerja lebih masa, cuti tanpa gaji dan bayaran cuti. Sila maklum bahawa tetapan ini boleh diubah untuk pekerja tertentu apabila item itu ditambahkan pada profil pekerja.

Akhir sekali, pilih tetapan statutori bagi pembayaran anda jika ia tertakluk kepada sebarang statutori dan medan borang EA. Jika pembayaran tertakluk sepenuhnya kepada PCB, maka tandakan PCB dan biarkan PCB exemption limit sebagai 0. Sekiranya PCB dikecualikan sehingga hanya sejumlah tertentu setiap tahun maka masukkan jumlah tersebut pada kotak PCB exemption limit.

 

Deduction

Item potongan khas akan diletakkan pada kategori Payroll Deduction secara autamatik. Anda tidak boleh mencipta item potongan cukai kerana semua item potongan cukai telah tersedia sebagai praset potongan dalam PayrollPanda.

Jika anda tanda pada sebarang caruman statutori, amaun gaji yang tertakluk kepada caruman yang berkenaan akan dikurangkan apabila anda menggunakan item potongan khas anda.

Overtime

Anda juga boleh mencipta item payroll kerja lebih masa khas. Anda boleh memilih untuk mendarabkan jam dengan kadar setiap jam yang dikira oleh PayrollPanda berdasarkan gaji bulanan pekerja, darabkan dengan kadar pengganda pilihan anda (cth, masukkan 4 untuk membayar 4 kali kadar setiap jam pekerja bagi setiap jam kerja lebih masa). Altenatif lain, anda boleh masukkan kadar rata setiap jam.

 

Untuk membuat pindaan pada item praset khas anda, klik pada ikon pensel di sebelah kanan item payroll tersebut.

 

Untuk mengarkibkan item payroll khas anda, klik pada ikon Archive pada item tersebut.

Untuk memadam secara kekal item yang telah diarkibkan, klik Archived dan tekan ikon Delete untuk item tersebut. Hanya item yang tidak pernah digunakan dalam mana-mana payroll yang diluluskan sahaja boleh dipadamkan.

 

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.