PayrollPanda mempunyai lebih 80 item payroll praset bagi semua jenis pembayaran dan potongan yang sedia untuk digunakan bagi keperluan payroll anda. Anda boleh pergi ke Settings > Payroll Settings > Payroll Items untuk melihat tetapan item payroll praset kami. Anda dapat lihat sama ada item payroll itu termasuk dalam gaji kasar dan/atau gaji bersih, caruman statutori mana ia tertakluk serta di medan mana ia akan muncul dalam borang EA. Tetapan statutori dan medan EA tidak boleh diubah, tetapi anda boleh mencipta item payroll khas jika anda memilih untuk mempunyai tetapan yang berbeza.

Jika anda tidak mahu item payroll praset kami muncul di bahagian senarai pilihan apabila anda menambah item payroll pada profil pekerja atau jadual payroll anda, anda boleh mengalih keluar item tersebut daripada senarai pilihan seperti rajah di bawah.

Anda boleh klik pada setiap payroll item untuk melihat maklumat tambahan, termasuk sama ada ia akan diproratakan apabila pekerja mula/berhenti kerja, dan sama ada ia akan termasuk dalam pengiraan gaji jika pekerja mempunyai kerja lebih masa, cuti tanpa gaji atau bayaran cuti. Anda boleh mengubah tetapan asal itu bagi pekerja tertentu semasa anda menambah item payroll tersebut dalam profil mereka, jika perlu.

Tetapan statutori item payroll pratetap kami telah ditetapkan mengikut peraturan statutori dan pengesahan oleh badan statutori. Sila ambil maklum bahawa pengecualian tertentu daripada caruman statutori mungkin bergantung pada syarat khusus yang diperlukan untuk pengecualian. Anda boleh merujuk artikel kami untuk mengetahui maklumat lanjut tentang peraturan pengecualian bagi setiap badan statutori, dan kami menyarankan agar anda mendapatkan pengesahan secara terus bersama badan-badan statutori berkenaan dengan tetapan statutori item payroll khas anda.

 

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.