Gaji pekerja baharu anda serta caruman statutori mereka yang dibayar oleh majikan terdahulu pada tahun semasa perlu dimasukkan ke dalam PayrollPanda, bagi mendapatkan  pengiraan PCB yang tepat.

Mendapatkan maklumat daripada pekerja baharu anda

LHDN menghendaki majikan untuk memastikan pekerja mereka melengkapkan dan menandatangani borang TP3 bagi mendapatkan maklumat gaji terdahulu pada tahun semasa daripada pekerja baharu apabila mereka mula bekerja. Borang TP3 yang telah ditandatangan harus disimpan oleh majikan dan hanya diberikan kepada LHDN sekiranya ianya diminta semasa pengauditan PCB. 

Sila maklum bahawa C1 dalam borang TP3 harus merangkumi semua pembayaran yang dikenakan cukai sepenuhnya (termasuk mana-mana komisen, kerja lebih waktu, bonus, elaun dll) yang diterima daripada mana-mana majikan terdahulu dalam tahun semasa. C2 (i) hingga (iv) adalah untuk pembayaran tertentu yang dikecualikan cukai seperti elaun perjalanan bagi tugas rasmi. C2 (v) adalah untuk pembayaran yang dikecualikan cukai sepenuhnya. Sila masukkan sebarang caruman KWSP pekerja di medan C3, serta caruman pekerja SOCSO dan SIP di D12. Bahagian D yang selebihnya perlu diisi sekiranya pekerja menuntut sebarang potongan cukai dalam tahun semasa dengan mengemukakan borang TP1 kepada majikan terdahulu.

Sekiranya sebelum ini pekerja tersebut tidak pernah bekerja dalam tahun semasa, mereka perlu mengisi 0 untuk C1 dan menandatangani borang tersebut.

 

Memasukkan maklumat ke PayrollPanda

Untuk memasukkan maklumat, pergi ke tab Payroll dalam profil pekerja dan klik Tp3 Form.

Borang TP3

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.