Anda boleh memuat turun slip gaji pekerja atau emelkan kepada mereka di Run Payroll sebaik sahaja anda meluluskan payroll anda.

Anda boleh tandakan Password Protect Payslips? jika anda ingin slip gaji pekerja dilindungi dengan kata laluan. Kata laluan kepada slip gaji pekerja adalah nombor IC/passport pekerja berkenaan.

Jika anda ingin tarikh pengkreditan bayaran gaji anda dipaparkan pada slip gaji pekerja, anda boleh tetapkan tarikh pengkreditan dan klik Regenerate Payslips sebelum klik pada Send All.

Anda boleh memuat turun/menghantar slip gaji bagi pekerja tertentu apabila anda klik pada Preview.

Anda juga boleh memuat turun slip gaji pekerja secara pukal di Download files to make payments > Payroll Files.

Jika akaun PayrollPanda anda diintegrasikan dengan Jibble, anda juga boleh menyiarkan slip gaji pekerja dalam akaun Jibble mereka dengan klik pada Publish Payslips to dan pilih Jibble.

Pekerja boleh memuat turun slip gaji mereka daripada akaun pekerja Jibble mereka di Your account settings > View Payslip > Select payslip month.

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.