Ini adalah tiga langkah untuk anda set semula kata laluan akaun PayrollPanda anda.

Langkah 1: Hantarkan pautan set semula kata laluan ke alamat emel anda

Masukkan alamat emel log masuk anda di halaman set semula kata laluan dan klik Reset Password.

Mesej arahan untuk anda membuat semakan emel anda akan dipaparkan. Pastikan anda menyemak folder spam anda jika emel tersebut tidak dapat di cari dalam folder inbox anda.

Langkah 2: Klik pada pautan set semula kata laluan dalam tempoh 24 jam

Apabila anda menerima emel set semula kata laluan, klik pada butang Reset Password untuk dibawa ke borang set semula kata laluan.

Langkah 3: Set kata laluan baru anda                

Masukkan kata laluan baru anda sebanyak dua kali pada borang set semula kata laluan dan klik Change Password.

Mesej pemakluman bahawa kata laluan anda telah berjaya ditukarkan akan dipaparkan. Anda boleh log masuk ke akaun anda menggunakan kata laluan yang baru.

 

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.