Untuk memuat naik maklumat payroll ke payroll bulanan anda, sila ke Payroll > pilih bulan > Payroll kemudian klik Bulk Upload.

Sila muat turun templat. Kami menyarankan anda membuka dan mengisi maklumat payroll menggunakan Google sheets. 

Tab Sample memberikan anda contoh bagaimana maklumat perlu dimasukkan. Anda diminta untuk tidak membuat sebarang modifikasi pada tab ini.

Sila ke tab Edit me! untuk melihat serta edit maklumat payroll anda. Helaian itu sudah mengandungi gaji pokok pekerja anda (prorata dikira untuk pekerja baru atau berhenti kerja) dan sebarang item payroll bulanan yang telah ditambahkan pada profil mereka. Anda boleh menukar sebarang amaun seperti yang diperlukan dan menambah sebarang item payroll bulanan atau item payroll tambahan.

Sila pastikan sebarang pembayaran yang dibayar secara bulanan ditambah di bahagian helaian Monthly Recurring Payroll Items untuk pengiraan PCB yang tepat, walaupun jumlahnya berbeza dari bulan ke bulan. Item payroll yang ditambahkan di bahagian Monthly Recurring Payroll Items akan ditambah sebagai Recurring Payroll Items dalam profil pekerja secara automatik sebaik sahaja templat tersebut dimuat naik. 

Bayaran sekali sahaja hendaklah ditambah di bawah bahagian Additional Payroll Items.

.

Sebaik sahaja anda siap mengisi templat dan memuat turunnya sebagai fail berformat CSV, klik Next dalam akaun PayrollPanda anda dan muat naik fail tersebut.

Setelah anda memuat naik fail tersebut, klik Done dan pergi ke payroll anda untuk membuat semakan maklumat payroll anda.

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.