Dengan PayrollPanda, anda boleh menjana fail bank untuk dimuat naik ke portal RHB Bank untuk penyerahan dan pembayaran gaji dan caruman berkanun.

Tetapan dalam PayrollPanda

Masukkan butiran bank syarikat anda dengan pergi ke Settings > Company Settings > Bank Details dan klik ikon pensel. Pilih RHB Bank Berhad dan masukkan butiran akaun syarikat anda. Anda perlu hubungi RHB untuk mendapatkan 6-digit Corporate ID. Biasanya anda perlu pilih IBG sebagai Payment/Transaction Type kerana amaun transaksi individu minimum untuk Rentas ialah RM10,000.

Sebelum anda menjalankan payroll, sila pastikan anda masukkan butiran akaun bank pekerja dalam profil mereka di bahagian Payment Information untuk menjana fail bank bagi pembayaran gaji. Pilih Bank Transfer sebagai Payment method dan masukkan butiran akaun bank pekerja.

Anda boleh memuat turun fail bank di bawah tab Bank Payment selepas meluluskan payroll anda. Tarikh pengkreditan diperlukan untuk fail bayaran gaji dan fail bayaran caruman berkanun anda, di mana tarikh tersebut adalah tarikh pembayaran perlu dibuat kepada penerima.

Tetapan dalam portal RHB Bank

Untuk memuat naik fail gaji, anda perlu aktifkan pilihan Bulk Pay yang tersedia untuk akaun RHB Premium Reflex. Untuk memuat naik fail berkanun, pergi ke Statutory Payment > EPF/SOCSO/LHDN.

 

Untuk penyerahan caruman KWSP dan SOCSO kali pertama, anda dikehendaki memuat naik fail ujian untuk pengesahan sebelum pembayaran sebenar. Anda boleh menggunakan fail bank SOCSO dan KWSP yang dijana oleh PayrollPanda untuk diserahkan sebagai fail ujian. Sila ambil perhatian bahawa proses pengesahan pendaftaran KWSP dan SOCSO akan mengambil masa lebih kurang 14 hari. Anda boleh meneruskan untuk memuat naik fail pembayaran sebenar selepas menerima notis kelulusan daripada KWSP dan SOCSO. Anda juga boleh menyemak status di skrin muat naik Reflex KWSP/SOCSO – nombor KWSP/SOCSO majikan akan tertera sebagai (LIVE) dan bukannya (TEST).

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.