Selepas anda meluluskan payroll anda, anda boleh memuat turun fail untuk pembayaran gaji serta untuk serahan dan pembayaran statutori melalui portal bank anda atau portal badan-badan statutori. Anda juga boleh memuat turun slip gaji dan menge-melkan slip gaji kepada pekerja anda.

Muat turun fail-fail pembayaran dan payroll

Klik pada tab Bank Payment untuk memuat turun fail pembayaran gaji serta untuk serahan dan pembayaran statutori menerusi portal bank anda. Anda boleh memilih sama ada ingin memuat turun fail gaji dan/atau fail statutori dan masukkan tarikh pengkreditan yang diperlukan untuk bank/pembayaran tertentu.

Di bawah tab Manual Payment, anda boleh memuat turun fail statutori untuk serahan serta bayaran caruman melalui portal statutori individu jika anda tidak membuat penyerahan dan pembayaran menggunakan fail bank statutori kami.

Di bawah tab Payroll Files, anda boleh memuat turun payroll summary anda, slip gaji dan pengiraan PCB untuk disimpan dalam fail serta salinan borang CP39 LHDN sebagai rekod penyerahan PCB anda. Rekod penyerahan KWSP dan SOCSO/SIP akan dikemaskini secara automatik di dalam akaun statutori majikan anda beberapa hari selepas anda memuat naik fail caruman menerusi portal bank anda atau portal statutori.

Klik tab Individual Payments jika anda ingin memuat turun fail bank gaji dan/atau fail bank statutori atau fail manual bagi sesetengah pekerja sahaja. Anda boleh menggunakan kemudahan penyaring yang disediakan untuk memilih pekerja di bawah lokasi serta jabatan yang tertentu, atau asas lain yang disenaraikan. Anda juga boleh memuat turun fail bank gaji untuk membayar hanya item payroll terpilih seperti bonus atau komisen kepada semua atau pekerja tertentu.

Kemudian anda boleh memilih untuk memuat turun Bank Files dan/atau Manual Payment Files. Sila maklum bahawa fail statutori hanya disediakan di mana semua item payroll dipilih untuk pekerja. Sekiranya item payroll dibayar secara berasingan, caruman statutori hendaklah dibayar bersama-sama gaji bulanan penuh.

Hantar/muat turun slip gaji

Selepas meluluskan payroll anda, anda boleh meng-emelkan slip gaji kepada pekerja anda dengan klik pada Send All.

Jika anda ingin tarikh pengkreditan pembayaran gaji anda dipaparkan dalam slip gaji pekerja, sila tetapkan tarikh pengkreditan dan klik Regenerate Payslips sebelum klik butang Send All.

 

Anda boleh memuat turun/hantarkan slip gaji kepada pekerja tertentu apabila klik pada Preview.

 

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.