Dengan PayrollPanda, anda boleh menjana fail bank untuk dimuat naik ke portal Hong Leong Bank untuk penyerahan dan pembayaran gaji dan caruman berkanun.

Tetapan dalam PayrollPanda

Masukkan butiran bank syarikat anda dengan pergi ke Settings > Company Settings > Bank Details dan klik ikon pensel. Pilih Hong Leong Bank Berhad/ Hong Leong Finance dan masukkan butiran akaun syarikat anda. Biasanya anda perlu pilih IBG sebagai Payment/Transaction Type memandangkan amaun transaksi individu minimum untuk Rentas ialah RM10,000.

Sebelum anda menjalankan payroll, sila pastikan anda masukkan butiran akaun bank pekerja dalam profil mereka di bahagian Payment Information untuk menjana fail bank bagi pembayaran gaji. Pilih Bank Transfer sebagai Payment method dan masukkan butiran akaun bank pekerja.

Anda boleh memuat turun fail bank selepas meluluskan payroll anda tanpa menetapkan tarikh pengkreditan kerana fail Hong Leong tidak memerlukan tarikh pengkreditan. Pengguna Connect Biz perlu membuka dan save setiap satu fail “BatchPayments-….xlsx” sebelum mereka boleh memuat naik ke portal bank mereka.

 

Tetapan dalam portal Hong Leong Bank

Hong Leong Bank ada dua jenis akaun – ConnectBiz dan ConnectFirst.
Pengguna kali pertama dikehendaki mendaftar nombor SOCSO & KWSP dengan Hong Leong, dan memuat naik fail SOCSO dan KWSP untuk kelulusan. Setelah kelulusan diberikan, fail langsung boleh dimuat naik.

Sila ikuti langkah-langkah berikut:

Daftar nombor rujukan SOCSO dan KWSP dengan menghantar butiran di bawah ke cmp@hlbb.hongleong.com.my:

  • Nombor akaun syarikat
  • Nama syarikat
  • Company ID – diberikan oleh bank setelah pendaftaran berjaya
  • Nombor KWSP majikan
  • Nombor SOCSO majikan

Untuk Connect Biz, pergi ke Payment Maker > Payment Services > SOCSO > Payment details > Enter required details > Submission type > Registration Test > klik Choose file.

3. Untuk Connect First, pergi ke Payments > Initiate > Bulk Payments > Upload file, kemudian teruskan ke Payments > File Uploads > Payroll Upload > File Verification > pilih fail dan klik Accept.

Selepas anda memuat naik fail, anda dikehendaki mendapatkan kelulusan pembayaran daripada Authoriser. Anda akan menerima surat pengesahan daripada SOCSO/KWSP dalam tempoh 14 hari bekerja.

Sebaik sahaja anda menerima surat pengesahan, anda boleh memuat naik fail langsung (sumbangan sebenar). Fail EIS boleh dimuat naik selepas pengesahan fail ujian SOCSO berjaya.

Panduan Hong Leong:
Connect Biz
Connect First

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.