Call us at +60 3 2787 9168

Anda boleh memuat naik fail teks PCB yang dijana oleh PayrollPanda melalui laman web e-Data PCB untuk penyerahan dan pembayaran potongan PCB pekerja anda. Jika ini adalah kali pertama anda log masuk ke portal, anda perlu mendaftar dengan klik pada Login Kali Pertama.

Selepas log masuk ke akaun, pilih “Muat naik/Semak Fail Teks/Upload/Check Text File”.

Klik Browse dan pilih fail teks PCB daripada fail payroll yang dimuat turun dari PayrollPanda. Klik Hantar/Send selepas memuat naik fail teks PCB tersebut. Fail itu akan muncul di bawah Senarai Fail Dimuatnaik. Klik pada nama fail untuk mengesahkan fail teks.

Setelah fail berjaya disahkan, anda boleh teruskan untuk mengemas kini kaedah pembayaran dengan klik “Terus ke Maklumat Instrumen/Continue To Payment Method Information”.

Kemas kini kaedah pembayaran dengan memasukkan maklumat ke dalam ruangan di bawah. Jika anda membuat pembayaran melalui FPX, anda hanya perlu mengisi jumlah di ruangan Amaun dan pilih Cara Bayaran. Klik pada Hantar untuk menyimpan maklumat tersebut dan klik Pengesahan untuk memproses maklumat pembayaran.

Sebaik sahaja maklumat berjaya dihantar, anda akan menerima nombor slip pengesahan dan bukti penyerahan.

Pembayaran melalui FPX

Terdapat 2 cara untuk mengakses pembayaran FPX:

1. Setelah data fail txt telah disahkan, sila klik pada Bayaran FPX pada halaman Pengesahan Maklumat Instrumen dan Data.

2. Atau klik pada tab Menu dan pilih Bayaran Melalui FPX.

Tangkapan skrin di bawah akan terpapar dan anda harus memasukkan No. Slip Pengesahan yang dijana selepas anda menghantar dan mengesahkan data fail txt. Kemudian, klik pada Semak untuk meneruskan pembayaran anda.

Tangkapan skrin di bawah akan terpapar sekiranya anda memilih salah satu kaedah di atas untuk mengakses fungsi pembayaran FPX. Pilih jenis akaun anda dan klik pada Pengesahan Bayaran Online (FPX) untuk teruskan.

Klik pada Bayar Online (FPX) Sekarang untuk meneruskan dengan pembayaran.

Anda akan diarahkan ke halaman pembayaran MEPS di mana anda boleh memilih akaun perbankan internet anda untuk membuat pembayaran. Klik pada Agree & Continue untuk meneruskan pembayaran anda.

Selepas anda berjaya menyelesaikan pembayaran FPX, anda akan diarahkan kembali ke halaman MEPS di mana anda boleh memuat turun slip transaksi dengan mengklik pada Print.

Untuk arahan yang lebih terperinci, anda juga boleh merujuk kepada Manual untuk e-Data PCB.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara membayar PCB menggunakan kaedah lain, anda boleh rujuk pada artikel Apakah cara penyerahan dan pembayaran PCB.

Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang.

Try us now and run your first payroll for FREE

No Obligations or Credit Card Details Required

Get started
Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.