Dengan PayrollPanda, anda boleh menjana fail bank untuk dimuat naik ke portal OCBC Bank untuk penyerahan dan pembayaran gaji dan caruman berkanun.

Tetapan dalam PayrollPanda

Masukkkan butiran bank syarikat anda dengan pergi ke Settings > Company Settings > Bank Details dan klik ikon pensel. Pilih OCBC Bank Berhad dan masukkan butiran akaun syarikat anda.

Sebelum anda menjalankan payroll, sila pastikan anda masukkan butiran akaun bank pekerja dalam profil mereka di bahagian Payment Information untuk menjana fail bank bagi pembayaran gaji. Pilih Bank Transfer sebagai Payment method dan masukkan butiran akaun bank pekerja.

Anda boleh memuat turun fail bank di bawah tab Bank Payment selepas meluluskan payroll anda. Tarikh pengkreditan diperlukan untuk fail bayaran gaji dan fail bayaran caruman berkanun anda, di mana tarikh tersebut adalah tarikh pembayaran perlu dibuat kepada penerima.

Tetapan dalam portal OCBC Bank

Pergi ke Transactions > Upload File > File Format dropdown menu.

Anda perlu memilih format berikut bergantung pada jenis pembayaran:
Gaji: GIRO Payroll Check ID (MY)
KWSP: KWSP payment (MY)
SOCSO/EIS: SOCSO Contribution Payment
PCB: LHDN monthly Tax Deduction (MTD)

Untuk penyerahan fail berkanun kali pertama, hubungi bank dan mereka akan memberikan anda borang untuk mengisi nombor rujukan majikan berkanun anda. Selepas pihak bank menambah nombor rujukan majikan SOCSO, KWSP dan LHDN dalam portal, anda boleh menghantar fail ujian KWSP dan SOCSO yang dijana oleh PayrollPanda. Fail ujian mesti diluluskan oleh Velocity authoriser untuk membolehkan bank menghantar fail tersebut kepada badan berkanun untuk kelulusan. Dalam tempoh 14 hari, anda akan menerima surat pemberitahuan kelulusan daripada KWSP dan SOCSO. Anda kemudian boleh meneruskan untuk memuat naik fail KWSP dan SOCSO/EIS secara langsung ke portal bank anda dan meneruskan pembayaran.

Untuk maklumat lanjut tentang OCBC Velocity, sila baca panduan OCBC .

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.