Dengan PayrollPanda, anda boleh jana fail bank untuk dimuat naik ke portal Alliance Bank bagi pembayaran gaji dan caruman berkanun.

Tetapan dalam PayrollPanda

Masukkan butiran bank syarikat anda dengan pergi ke Settings > Company Settings > Bank Details dan klik ikon pensel. Pilih Alliance Bank Berhad dan masukkan butiran akaun bank syarikat anda.

Sebelum menjalankan payroll, sila pastikan anda masukkan butiran bank pekerja anda di bahagian Payment Information dalam profil mereka untuk menjana fail bank gaji. Pilih Bank Transfer sebagai Payment method dan masukkan butiran akaun bank pekerja.

Anda boleh memuat turun fail bank selepas meluluskan payroll anda tanpa menetapkan tarikh pengkreditan kerana Alliance bank tidak memerlukan tarikh pengkreditan di bawah spesifikasi fail mereka.

Tetapan dalam portal Alliance Bank

Pendaftaran Caruman Berkanun

Untuk penyerahan fail berkanun kali pertama, sila pastikan anda telah mendaftar dengan badan berkanun untuk penyerahan melalui portal bank anda. Sila ambil perhatian bahawa proses pengesahan pendaftaran KWSP dan SOCSO akan mengambil masa lebih kurang 7 hari bekerja. Anda akan menerima keputusan pengesahan melalui notis yang dihantar oleh KWSP/SOCSO dan mesej yang dihantar melalui BizSmart.

Log masuk sebagai Maker dan pergi ke Corporate Payment Services > Statutory Payment > KWSP/SOCSO.

Masukkan butiran untuk semua medan wajib:

1. From Account
2. Submission Type – Registration
3. Payment Date – today
4. File Batch Ref No
5. File Upload – EPF/SOCSO Text File
Kemudian klik Confirm.

Anda boleh klik pada File Batch Ref No untuk semak butiran dan klik Submit.

Anda boleh memuat turun resit pendaftaran di bahagian Reports.

Tiada penghantaran fail diperlukan untuk pendaftaran LHDN – anda hanya perlu masukkan nombor cukai majikan untuk pendaftaran.

Gaji dan bayaran caruman berkanun

Fail untuk dimuat naik di bahagian Corporate Payment Services > Payroll:

* Batchpayment-Payroll.txt di bahagian Payroll File Upload.

* Batchpayment-Zakat.txt di bahagian Zakat Payment File Upload.

Fail-fail untuk dimuat naik di bahagian Corporate Payment Services > Statutory Payment:

BatchPayment-EPF.txt di bahagian KWSP.
BatchPayment-PCB.txt di bahagian LHDN.
SCEF_SOCSO20210906 di bahagian SOCSO.
SEIS_EIS20210906 di bahagian SOCSO EIS Contribution.

Submission Type ialah Contribution.

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.