Dengan PayrollPanda, anda boleh menjana fail bank untuk dimuat naik ke portal Public Bank untuk penyerahan dan pembayaran gaji dan caruman berkanun.

Tetapan dalam PayrollPanda

Masukkan butiran bank syarikat anda dengan pergi ke Settings > Company Settings > Bank Details dan klik ikon pensel. Pilih Public Bank Berhad/ Public Finance Berhad dan pilih Account Type anda. Anda harus menghubungi Public Bank untuk mendapatkan Organization Code 3 digit anda (untuk akaun ECP Service sahaja). Kebiasaannya anda perlu pilih IBG sebagai Payment/Transaction Type memandangkan amaun minimum bagi transaksi individu untuk Rentas adalah RM10,000.

Sebelum anda menjalankan payroll, sila pastikan anda masukkan butiran akaun bank pekerja dalam profil mereka di bahagian Payment Information untuk menjana fail bank bagi pembayaran gaji. Pilih Bank Transfer sebagai Payment method dan masukkan butiran akaun bank pekerja.

Anda akan dapat memuat turun fail bank di bawah tab Bank Payment selepas meluluskan payroll anda. Tarikh pengkreditan diperlukan untuk fail bayaran gaji dan fail bayaran caruman berkanun anda, di mana tarikh tersebut adalah tarikh pembayaran perlu dibuat kepada penerima.

Tetapan dalam portal Public Bank

Public bank mempunyai 2 jenis akaun – PB Enterprise dan PB ECP Service.

Untuk PB Enterprise (www.pbenterprise.com), teruskan ke File Upload > ECP Payroll > ECP Payroll untuk muat naik fail payroll [20digits].txt. Untuk bayaran caruman berkanun, sila pergi ke File Upload > Statutory Payment > pilih Statutory Body > Submit Contribution > Upload file.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk video tutorial PB Enterprise yang berikut:

Penghantaran fail Payroll: https://www.youtube.com/watch?v=bLujWesUP0Y
Penghantaran fail EPF: https://www.youtube.com/watch?v=_H-Oa8-xu4o
Penghantaran fail SOCSO: https://www.youtube.com/watch?v=IrzwT-S0DVo
Penghantaran fail PCB: https://www.youtube.com/watch?v=Qn6rnVI8MT0

Untuk penyerahan caruman KWSP dan SOCSO kali pertama, anda dikehendaki mengemukakan fail ujian kepada KWSP dan SOCSO untuk kelulusan. Fail ujian berasingan disediakan untuk KWSP, manakala fail caruman biasa digunakan sebagai fail ujian untuk SOCSO. Anda akan menerima surat pemberitahuan kelulusan dalam masa 14 hari. Setelah diluluskan, anda boleh meneruskan untuk memuat naik fail dan membuat pembayaran caruman anda.

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.