Dengan integrasi  Zoho People, anda boleh sync data cuti dan kerja lebih masa pekerja anda dari Zoho People ke dalam payroll bulanan anda.

Ikuti langkah di bawah untuk setkan integrasi:

1. Sambungkan dengan akaun Zoho People anda

Pergi ke Settings > Integrations > Zoho People dan klik Connect with Zoho People. Log masuk akaun Zoho People.

2. Padankan tetapan anda

Anda perlu padankan tetapan untuk pekerja bergaji mengikut jam, data cuti dan kerja lebih masa. Pilih Date Range dan pekerja yang anda mahu sync data Zoho People.

3. Sync data anda

Sebaik sahaja anda telah memadankan tetapan anda, anda boleh sync data anda dengan pergi ke Payroll > pilih bulan payroll dan klik pada ikon Sync Payroll data icon > pilih Zoho People.

 

Anda kemudiannya boleh menyemak data yang di-sync di tempat berikut:

• Bilangan jam bekerja untuk pekerja bergaji mengikut jam muncul dalam jadual payroll.

• Waktu kerja lebih masa dan bilangan hari cuti tanpa gaji pekerja bergaji bulanan muncul dalam jadual payroll.

 

• Hari bekerja, cuti umum, cuti tahunan dan cuti sakit yang diambil dalam tempoh tersebut dan bakinya terdapat dalam nota kaki slip gaji mengikut peraturan pekerjaan.

4. Terbitkan slip gaji ke akaun pekerja Zoho People

Setelah payroll diluluskan dalam PayrollPanda, anda boleh menerbitkan penyata gaji pekerja dalam akaun pekerja Zoho People dengan klik Publish Payslips to dan pilih Zoho People.

Pekerja boleh memuat turun slip gaji mereka dalam akaun pekerja Zoho People mereka dengan klik pada Self-service > Files > pilih bulan.

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.