Anda boleh memilih untuk menambah pekerja secara individu atau memuat naik pekerja secara pukal. Sebaik sahaja anda menambah pekerja, adalah penting juga untuk memasukkan sebarang data pekerjaan terdahulu daripada pekerjaan semasa atau sebelumnya bagi memastikan pengiraan PCB yang tepat serta borang E/EA yang lengkap.

Menambah pekerja secara individu

Anda boleh pergi ke Employees > + Employee dan isikan butiran pekerja di tab Profile, Employment serta Group.

Pada tab Profile, isikan bahagian Personal Information, Contact Information dan Payment Information.

Pada tab Employment, masukkan maklumat pekerja seperti gaji dan tarikh kemasukan serta item penggajian bulanan pekerja. Maklumat statutori akan ditetapkan secara automatik berdasarkan butiran Personal Information (cth: umur, kewarganegaraan) tetapi anda boleh membuat pindaan jika perlu.

Pada tab Groups, anda boleh menetapkan jabatan, lokasi, jadual serta polisi payroll pekerja anda.

Menambah pekerja secara pukal 

Klik pada Employees > Bulk Upload > Upload Employees.

Muat turun templat dan masukkan butiran pekerja anda. Pastikan anda mengikut format yang ditetapkan untuk setiap lajur bagi mengelakkan daripada menghadapi sebarang isu semasa memuat naik templat berkenaan. Sebaik sahaja anda telah mengisi templat tersebut, muat turunnya sebagai CSV.

Kemudian klik Next dan muat naik fail CSV yang telah diisikan butiran pekerja anda. Anda boleh membuat semakan data sebaik sahaja fail dimuat naik.

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.