Skim Bencana Pekerjaan, Keilatan dan Bukan Bencana Pekerjaan (Employment Injury, Invalidity Scheme and Non-Employment Injury)
-
Semua pekerja yang berusia di bawah 60 tahun mencarum di bawah kategori ini, kecuali mereka hanya mula mencarum pada usia 55 tahun ke atas.
- Mulai 1 Julai 2024, pekerja asing yang berusia 60 ke bawah juga mencarum di bawah kategori ini, kecuali mereka mula mencarum pada usia 55 tahun ke atas.
- Berkuat kuasa Jun 2026, PERKESO telah memperkenalkan skim keselamatan sosial baharu 24/7 (Bukan Bencana Pekerjaan (LINDUNG 24 Jam)). Caruman bagi Skim LINDUNG 24 Jam ini ditanggung sepenuhnya oleh pekerja di bawah lajur Bukan Bencana Pekerjaan.
-
Di bawah kategori ini, setiap bulan, nilai yang dicarumkan oleh majikan berdasarkan gaji bulanan pekerja sehingga nilai maksimum RM104.15, dan pekerja menyumbang sehingga nilai maksimum RM74.40.
Skim Bencana Pekerjaan dan Bukan Bencana Pekerjaan (Employment Injury Scheme and Non-Employment Injury)
-
Bagi pekerja yang berusia 60 tahun ke atas.
-
Bagi pekerja yang mula mencarum kepada SOCSO pada umur 55 tahun ke atas.
-
Bagi mereka yang diinsuranskan menerima pencen ilat semasa masih bekerja, dan menerima kurang daripada satu pertiga daripada purata gaji bulanan mereka sebelum keilatan.
-
Berkuat kuasa Jun 2026, di bawah kategori ini, pekerja yang berumur lebih 60 tahun kini mempunyai potongan SOCSO serta nilai yang dicarumkan oleh majikan bersamaan 1.25% daripada gaji bulanan pekerja, sehingga nilai maksimum RM74.40.
Ingin mengetahui bagaimana anda boleh kendali payroll dengan mudah? Jom tempah sesi demo bersama kami sekarang!
