Page 5 of 23
Bagaimana saya hendak membuat penyerahan borang E?
Setiap majikan, dan juga setiap syarikat tidak kira sama ada mereka mempunyai pekerja atau tidak, hendaklah mengemukakan borang E kepada LHDN. Gagal berbuat demikian akan menyebabkan LHDN mengambil tindakan terhadap pengarah syarikat. Borang E 2023 mesti diserahkan oleh semua syarikat serta majikan selewat-lewatnya pada 20 April 2024. Tarikh akhir sebenar ialah 31 Mac 2024 tetapi […]
Bagaimana hendak mengisi Previous Employment Data?
Gaji pekerja baharu anda serta caruman statutori mereka yang dibayar oleh majikan terdahulu pada tahun semasa perlu dimasukkan ke dalam PayrollPanda, bagi mendapatkan pengiraan PCB yang tepat. Mendapatkan maklumat daripada pekerja baharu anda LHDN menghendaki majikan untuk memastikan pekerja mereka melengkapkan dan menandatangani borang TP3 bagi mendapatkan maklumat gaji terdahulu pada tahun semasa daripada pekerja […]
Bagaimana hendak memotong CP38 (Arahan Potongan Cukai)?
Potongan CP38 hanya dikenakan apabila LHDN memerintahkan majikan untuk melaksanakan potongan cukai tambahan dalam bentuk ansuran bulanan daripada gaji pekerjabagi melangsaikan cukai yang belum dibayar pada tahun-tahun sebelumnya. Memandangkan potongan biasanya perlu dibuat selama beberapa bulan, anda boleh menambah item potongan praset kami CP38 (Tax Deduction Order) sebagai item gaji bulanan dalam tab Employment pada […]
Bagaimana saya hendak meningkatkan potongan PCB?
Pengiraan PCB dalam PayrollPanda mengikut formula yang ditetapkan oleh LHDN untuk sistem payroll. Walau bagaimanapun, ada masanya majikan mungkin ingin meningkatkan jumlah PCB pekerja, contohnya, jika majikan telah membuat bayaran PCB pada kadar yang lebih tinggi sebelum menjalankan payroll, atau jika pekerja mempunyai sumber pendapatan lain dan mereka memilih untuk membayar cukai pendapatan itu melalui […]
Bagaimana untuk melindungi slip gaji?
Selain daripada mencetak slip gaji dan menghantarnya secara fizikal, cara lain adalah dengan memastikan slip gaji yang dihantar melalui e-mel dilindungi dengan nombor IC/Pasport pekerja. Nombor ini adalah kata laluan slip gaji mereka. Untuk aktifkan fungsi ini, pergi ke Payroll > submitted payroll > Email Payslips to employees > Send All. Tandakan Password Protect Payslips untuk […]
Bagaimana hendak menambah Departments?
Anda boleh mengumpulkan pekerja dalam jabatan yang berbeza di PayrollPanda. Dengan menetapkan jabatan pekerja, ia membolehkan anda untuk menapis pekerja mengikut jabatan semasa membuat laporan, menjalankan payroll atau membuat pembayaran. Anda boleh menambah jabatan di Employees > Departments > + Department. Masukkan nama jabatan dan pilih pekerja bagi jabatan berkenaan. Untuk menukar jabatan pekerja atau […]
Bagaimana untuk menambah item gaji dan apakah perbezaan antara pembayaran berulang dan tambahan?
Item Gaji Berulang Bulanan Item gaji berulang bulanan ialah item seperti elaun, komisen atau lebih masa yang dibayar secara bulanan, sama ada amaun itu tetap atau berbeza dari bulan ke bulan. Adalah penting untuk menyediakan item gaji berbayar bulanan sebagai berulang untuk memastikan PCB terkurang bayar. Untuk menambah item gaji berulang bulanan: Pergi ke tab […]
Bagaimana hendak memuat naik maklumat payroll secara pukal ke payroll bulanan anda?
Untuk memuat naik maklumat payroll ke payroll bulanan anda, sila ke Payroll > pilih bulan > Payroll kemudian klik Bulk Upload. Kemudahan muat naik pukal ini hanya tersedia pada pelan Pro. Sila muat turun templat. Kami menyarankan anda membuka dan mengisi maklumat payroll menggunakan Google sheets. Tab Sample memberikan anda contoh bagaimana maklumat perlu dimasukkan. Anda […]
Bagaimana untuk mengaktifkan levi HRDF?
Levi HRDF ialah bayaran levi yang dikutip untuk tujuan latihan pekerja dan peningkatan kemahiran. Majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 pekerja sepenuh masa warganegara Malaysia (sama ada tetap, kontrak atau sementara) diwajibkan mendaftar, manakala pekerja yang mempunyai 5 hingga 9 pekerja sepenuh masa warganegara Malaysia mempunyai pilihan untuk mendaftar. Untuk aktifkan levi HRDF, pergi ke Settings […]
Bagaimana hendak memuat naik item bulanan secara pukal?
Untuk memuat naik item payroll bulanan untuk berbilang pekerja, anda perlu pertama sekali mencipta profil pekerja, kemudian pergi ke Employees > Bulk Upload > Upload Recurring Payroll Items. Klik pada Download Sheet untuk memuat turun templat yang diperlukan. Kemudahan muat naik pukal ini hanya tersedia pada pelan Pro. Sila buka tab Edit me! untuk mengisi […]
Page 5 of 23
