Anda boleh mengumpulkan pekerja dalam jabatan yang berbeza di PayrollPanda. Dengan menetapkan jabatan pekerja, ia membolehkan anda untuk menapis pekerja mengikut jabatan semasa membuat laporan, menjalankan payroll atau membuat pembayaran.

Anda boleh menambah jabatan di Employees > Departments > + Department.

Masukkan nama jabatan dan pilih pekerja bagi jabatan berkenaan.

Untuk menukar jabatan pekerja atau menetapkan jabatan bagi pekerja baharu, anda boleh memilih jabatan secara terus di dalam profil pekerja di bawah tab Groups.

Anda boleh mengarkibkan sebarang jabatan dengan klik pada ikon Archive untuk jabatan berkenaan.

Apabila anda mengarkibkan sesuatu jabatan, anda mempunyai pilihan untuk menetapkan semula jabatan pekerja anda kepada jabatan yang berlainan dan klik Confirm untuk teruskan.

Anda juga boleh menyimpan semula jabatan yang diarkib dengan klik Archived dan ikon Unarchive untuk jabatan tersebut.

Untuk memadamkan sesuatu jabatan secara kekal, klik Archived kemudian klik ikon Delete untuk jabatan itu.

 

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.