Anda perlu memasukkan maklumat syarikat anda untuk memastikan slip gaji pekerja anda mengandungi semua butiran yang diperlukan serta fail gaji dan statutori anda boleh dimuat naik ke portal statutori/bank.

Pergi ke Settings > Company Settings dan masukkan maklumat syarikat anda di tab Profile dengan klik pada ikon pensel yang disediakan.

Anda boleh mencari nombor pendaftaran syarikat anda pada borang-borang yang berikut:

Nombor E syarikat anda boleh didapati pada borang yang berikut:

Nombor C syarikat anda pula boleh didapati pada Borang E. Sekiranyan perniagaan anda bukan syarikat persendirian, anda perlu memasukkan nombor cukai pendapatan perniagaan anda. Jika anda seorang peniaga tunggal, anda boleh memasukkan nombor cukai peribadi anda. Jika anda adalah perkongsian, anda boleh memasukkan nombor D anda.

Nombor KWSP syarikat anda boleh didapati pada Borang A.

Nombor SOCSO syarikat anda pula boleh didapati pada Borang 8A.

Sekiranya anda belum mendaftar bersama badan-badan statutori sebagai majikan, anda boleh rujuk kepada artikel ini sebagai panduan.

Anda juga perlu memastikan anda mengisi maklumat perbankan syarikat anda jika anda ingin membuat bayaran gaji dan/atau serahan serta bayaran statutori melalui memuat naik fail bank yang dijana oleh PayrollPanda ke portal bank anda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel ini yang memperincikan fail bank yang mana dijana oleh PayrollPanda.

 

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.