Anda boleh mengarkibkan pekerja serta memadamkan pekerja secara kekal jika mereka bukan lagi sebahagian daripada payroll yang diluluskan.

Arkib Pekerja

Untuk mengarkibkan pekerja, klik ikon Archive pada profil mereka dalam senarai Employees anda.

Pilih sebab mereka berhenti kerja dan tarikh hari terakhir pekerja perlu dibayar. Pekerja masih akan muncul dalam payroll sehingga bulan gaji yang jatuh pada hari terakhir mereka. Dalam bulan gaji terakhir mereka, gaji mereka akan diproratakan mengikut hari terakhir mereka – melainkan anda menanda Do not prorate, dan gaji penuh mereka akan dibayar pada bulan tersebut.

Padam Pekerja Secara Kekal

Anda boleh memadamkan pekerja yang telah diarkibkan secara kekal bagi pekerja yang belum pernah disertakan dalam mana-mana payroll yang diluluskan. Pergi ke Archived dan klik ikon Delete untuk pekerja yang anda ingin padamkan.

Arkib Pekerja Secara Pukal

Anda juga boleh arkibkan beberapa pekerja secara pukal melalui Employees > Bulk Upload > Edit Employees.

Klik Download Sheet untuk memuat turun templat.

Dalam template tersebut, pergi ke bahagian Archive Employee dan isikan butiran pekerja yang anda ingin arkibkan.

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.