Anda boleh menjemput mana-mana pekerja atau akauntan anda untuk mencipta akaun pengguna admin supaya mereka boleh log masuk ke akaun PayrollPanda syarikat anda bagi membantu anda menjalankan payroll atau menjana borang serta laporan. 

Untuk menjemput admin anda, sila ke Settings > Manage Users > Invitations dan klik pada Invite Admin atau pada +Add.

Anda hendaklah memasukkan alamat emel admin untuk jemputan dihantar ke alamat emel mereka. Pekerja anda boleh menggunakan alamat emel yang sama untuk dijemput sebagai admin bagi beberapa syarikat. Medan jawatan tidak wajib untuk diisi dan anda hanya perlu mengisi jawatan bagi pekerja yang ditugaskan sebagai Authorised officer (maklumat lanjut di penghujung artikel ini).

 

Setelah jemputan dihantarkan, status Sent akan dipaparkan di bawah Invitations. Anda boleh klik pada ikon Send untuk menghantar semula jemputan sekiranya ia telah tamat tempoh (tempoh jemputan akan tamat secara automatik selepas 48 jam). Atau anda boleh memadamkan jemputan jika anda tidak mahu menambah admin lagi.

 

Sebaik sahaja admin mengaktifkan jemputan mereka dengan menekan pautan yang disertakan pada emel jemputan, mereka akan tersenarai di bawah Settings > Manage Users > Users.

 

Anda boleh mengalih keluar admin sekiranya anda tidak lagi mahu mereka mempunyai akses kepada akaun dengan klik pada ikon Delete bagi admin yang berkenaan dan mengesahkan yang anda ingin mengalih keluar admin tersebut.

 

Sila klik pada ikon pensil untuk pemilik akaun atau admin dan tandakan kotak Authorise officer jika anda ingin menetapkan individu tersebut sebagai pegawai yang dinamakan untuk borang-borang rasmi seperti borang EA. Anda juga boleh mengemaskini jawatan mereka untuk dipaparkan pada borang tersebut. Tanda berwarna hijau akan muncul bersebelahan nama mereka untuk menunjukkan bahawa mereka adalah pegawai yang diberi kuasa. 

 

 

 

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.