Borang CP21 perlu diserahkan kepada LHDN sekurang-kurangnya 30 hari sebelum berlepas untuk pelepasan cukai mana-mana pekerja yang meninggalkan Malaysia selama lebih daripada 3 bulan. Majikan juga perlu menahan sebarang gaji yang perlu dibayar kepada pekerja selama 90 hari selepas menyerahkan borang atau sehingga surat pelepasan cukai diterima, mana-mana yang lebih awal.

Anda boleh memuat turun borang CP21 form di dalam PayrollPanda di tab Forms dalam profil pekerja. Sila maklum bahawa borang tersebut hanya boleh dijana apabila profil pekerja telah diarkibkan.

Sila maklum bahawa amaun pendapatan dalam bahagian B dan amaun caruman dalam bahagian D akan diambil daripada jadual YTD yang terdapat di bawah tab Payroll pekerja, jadi payroll bulan lepas pekerja harus diluluskan jika anda ingin memasukkan amaun payroll berkenaan di dalam CP21. Gaji bersih yang ditahan dalam D1 diambil daripada payroll terakhir pekerja.

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.