Call us at +60 3 2787 9168

Manfaat berupa barangan adalah faedah yang diberikan oleh atau bagi pihak majikan anda yang tidak dapat ditukar menjadi wang. Manfaat ini biasanya merupakan sebahagian daripada pendapatan bercukai anda, kecuali manfaat yang dikecualikan cukai yang mana ia tidak akan menjadi sebahagian daripada pendapatan bercukai anda.

Anda dibenarkan untuk membuat tuntutan pelepasan cukai bagi manfaat-manfaat di bawah, melainkan jika anda mempunyai kawalan ke atas majikan anda (untuk maklumat lanjut, sila rujuk Sekatan terhadap tuntutan pengecualian cukai).

Manfaat

Butiran

Manfaat pergigian

Pelepasan cukai

Manfaat penjagaan anak

Penjagaan kanak-kanak yang disediakan oleh majikan, misalnya: pusat penjagaan kanak-kanak dibenarkan untuk mendapat pelepasan cukai

Makan dan minum yang disediakan secara percuma

Pelepasan cukai

Khidmat pengangkutan percuma di antara rumah atau “pick-up point” dan tempat kerja (pergi dan balik)

Pelepasan cukai

Premium insurans wajib pekerja asing sebagai pengganti kepada sumbangan PERKESO

Pelepasan cukai

Premium insurans berkelompok untuk melindungi pekerja sekiranya berlaku kemalangan

Pelepasan cukai

Cuti semasa bekerja

Pelepasan cukai  jika bercuti:

Dalam Malaysia (tidak lebih dari tiga kali setahun); atau

Luar negara (tidak lebih dari sekali setahun) dengan nilai maksimum RM3,000

tertakluk kepada pekerja dan keluarga terdekat sahaja.

 

Manfaat yang digunakan oleh majikan untuk mengambil pekerja baharu

Pelepasan cukai

Diskaun untuk barangan dan perkhidmatan yang disediakan majikan

Pelepasan cukai dengan syarat:

tidak boleh ditukar kepada wang oleh pekerja walaupun mempunyai nilai wang;

memberi faedah kepada pekerja dan digunakan oleh pekerja secara peribadi; dan

diberikan kepada kesemua pekerja dan tidak diberi secara khusus kepada kumpulan pekerja tertentu sahaja.

Nota: Diskaun ke atas barangan mendapat pelepasan cukai terhad kepada RM 1,000 sahaja.

 

Manfaat dan bil bulanan telefon talian tetap, telefon bimbit, alat kelui (pager), PDA dan jalur lebar

 

Jumlah yang mendapat pelepasan cukai termasuk kos pendaftaran dan kos pemasangan. Pelepasan yang diberikan terhad kepada satu unit bagi setiap aset.

 

Manfaat rawatan perubatan

Pelepasan cukai untuk perubatan moden, perubatan tradisional dan bersalin. Rawatan mestilah dilakukan oleh doktor perubatan yang bertauliah atau pengamal perubatan yang berdaftar dengan badan-badan yang diperakui oleh kerajaan.

Manfaat petrol

Pelepasan sehingga RM 6,000 untuk penggunaan petrol bagi tugasan rasmi (had ini juga dikenakan ke atas elaun petrol / elaun perjalanan / pembayaran tol). Jumlah melebihi RM 6,000 boleh dituntut jika rekod disimpan selama 7 tahun.

 

Baca lebih lanjut:

Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang.

Try us now and run your first payroll for FREE

No Obligations or Credit Card Details Required

Get started
Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.