Call us at +60 3 2787 9168

i-Akaun adalah portal dalama talian yang dikendalikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk majikan dan pekerja. Majika boleh mengakses i-Akaun mereka untuk meghantar dan membayar caruman KWSP.

Artikel ini sesuai untuk majikan yang telah berdaftar bersama KWSP. Anda boleh rujuk artikel ini cara mendaftar sebagai majikan dengan badan-badan statutori.

Untuk menggunakan iAkaun KWSP untuk pembayaran KWSP bulanan anda, anda perlu melengkapkan langkah-langkah berikut:

  1. Isi Borang KWSP 1 (i) dan serahkannya ke pejabat KWSP yang terdekat.
  2. Dari sana anda boleh mendapatkan Kod Pengaktifan iAkaun, yang biasanya akan dihantar ke nombor telefon mudah alih berdaftar anda dalam bentuk SMS.
  3. Sebaik sahaja anda telah menerima kod tersebut, lawati laman web KWSP dan klik Log Masuk ke i-Akaun (Majikan)> Pengaktifan i-Akaun untuk mengaktifkan akaun anda dalam masa 30 hari.

Setelah selesai, anda boleh menggunakan sistem PayrollPanda untuk menguruskan sistem penggajian.  Sistem kami menjana fail berformat csv untuk dimuat naik dengan mudah ke i-Akaun. Sila baca di sini untuk borang lain yang boleh PayrollPanda hasilkan untuk pembayaran cepat dan mudah kepada badan statutori.

Try us now and run your first payroll for FREE

No Obligations or Credit Card Details Required

Get started
Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.