Pekerja dan majikan boleh memilih untuk mencarum KWSP pada kadar yang lebih tinggi daripada caruman minimum yang ditetapkan dalam Jadual Caruman KWSP. Walaubagaimanapun, mereka perlu mendapatkan kelulusan dari KWSP sebelum menaikkan caruman.


Cara memohon dengan KWSP untuk menaikkan kadar caruman KWSP bahagian pekerja

Jika pekerja memilih untuk mencarum pada kadar yang melebihi kadar berkanun, mereka hendaklah melengkapkan dan menandatangani Borang KWSP 17A (AHL) dan serahkan borang tersebut kepada majikan mereka untuk mengesahkan kadar yang mereka ingin naikkan untuk caruman mereka. Borang tersebut hendaklah disimpan oleh majikan untuk tujuan rekod.

Majikan kemudiannya perlu memohon untuk menambah caruman pekerja melalui iAkaun Majikan mereka. Di bawah tab Peranan: Pentadbir, klik LAIN-LAIN > VOLUNTARY EXCESS (VE) > Permohonan Baru.

Majikan kemudiannya perlu mengesahkan bahawa mereka telah menerima Borang KWSP 17A (AHL) daripada pekerja mereka dengan mengklik OK.

Seterusnya, pilih Syer Pekerja di bawah Jenis Voluntary Excess dan Borang Kosong (anda perlu menambah pekerja dengan klik pada Tambah Pekerja) atau Salin daripada Penyata Caruman Terdahulu (senarai pekerja anda daripada penyerahan caruman terakhir anda akan dipaparkan dan anda boleh memadam mana-mana pekerja) di bawah Jenis Permohonan. Klik Seterusnya untuk teruskan.

Pilih Pendaftaran di bawah Jenis Permohonan.

Majikan kemudiannya hendaklah memasukkan kadar (%) caruman tambahan KWSP Pekerja yang ingin dicarum oleh pekerja dan bulan gaji berkuat kuasa untuk kadar caruman tambahan. Klik Seterusnya untuk teruskan.

Tandakan pernyataan pengesahan di bahagian bawah halaman dan klik pada Hantar untuk menyerahkan.

Setelah borang diserahkan, klik pada Muat Turun untuk memuat turun surat pengesahan. Status harus menunjukkan sebagai ‘Dihantar’ dan anda boleh terus meningkatkan kadar pekerja dalam profil PayrollPanda pekerja sebelum menjalankan payroll untuk bulan yang dimasukkan sebagai bulan gaji berkuat kuasa.

Cara memohon dengan KWSP untuk menaikkan kadar caruman KWSP bahagian majikan

Majikan tidak lagi perlu mengisi Borang KWSP 17 (MAJ) dan menyerahkannya kepada KWSP untuk menambah bahagian caruman mereka. Mereka kini boleh memohon untuk meningkatkan caruman majikan bagi pekerja tertentu melalui iAkaun Majikan mereka (tab Voluntary Excess). Prosesnya adalah sama seperti caruman pekerja, kecuali Syer Majikan harus dipilih dan bukannya Syer Pekerja di bawah Jenis Voluntary Excess.

Bagaimana untuk meningkatkan kadar caruman dalam PayrollPanda

Pergi ke Employees > Select Employee > Employment > Statutory Information

Masukkan kadar tambahan untuk caruman pekerja dan/atau majikan di bawah medan Voluntary.

Jadi sebagai contoh jika kadar caruman semasa pekerja ialah 11% dan anda ingin meningkatkannya kepada 13% anda harus memasukkan 2% dalam medan Voluntary di bawah Employee.

Bagaimana untuk membatalkan kadar tambahan caruman pekerja

Untuk kembali kepada kadar caruman berkanun, pekerja hendaklah menyerahkan Borang KWSP18A (AHL) kepada majikan mereka. Borang tersebut perlu disimpan oleh majikan untuk tunjuan rekod dan ia tidak perlu diserahkan kepada KWSP. Pembatalan kadar caruman pekerja dilakukan melalui iAkaun Majikan (tab Voluntary Excess).

Prosesnya adalah sama seperti semasa memohon voluntary excess, kecuali majikan harus memilih Pembatalan di bawah Jenis Permohonan dan memasukkan 0 sebagai kadar tambahan. Majikan juga harus memasuki bulan gaji berkuat kuasa apabila pekerja ingin kembali kepada kadar caruman berkanun.

Bagaimana untuk membatalkan kadar majikan tambahan

Prosesnya adalah sama seperti caruman pekerja, kecuali Syer Majikan harus dipilih dan bukannya Syer Pekerja di bawah Jenis Voluntary Excess.

Sila maklum bahawa majikan tidak perlu lagi mengisi Borang KWSP 18 (MAJ) dan menyerahkannya kepada KWSP untuk pembatalan caruman tambahan.

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.