Dengan integrasi Xero, anda boleh sync data payroll anda ke dalam buku perakaunan anda.

1. Sambungkan akaun Xero anda

Sambungkan akaun anda dengan klik Settings > Integrations > Xero > Connect with Xero.

Log masuk ke Xero dan klik Allow Access.

2. Pilih tetapan bil anda

Anda boleh pilih jika anda ingin jana bil Xero secara automatik apabila anda luluskan payroll anda.

Jika anda tidak menanda pilihan untuk sync secara automatik apabila payroll diluluskan, anda akan dapat sync payroll individu dengan klik pada Run Payroll > pilih bulan payroll > Sync Data to Xero.

3. Padankan penerima bayaran ke kenalan Xero

Pilih kenalan Xero untuk setiap penerima gaji dan bayaran berkanun. Setiap kenalan akan mewakili bil yang berasingan.

4. Padankan item bayaran ke akaun perbelanjaan Xero

Padankan item payroll anda ke akaun perbelanjaan yang sesuai. Gaji pokok dan sebarang item atau potongan gaji tambahan perlu dipadankan. Anda boleh memilih untuk menambah item payroll tambahan secara individu atau anda boleh menunjukkan semua item payroll. Hanya caruman majikan yang perlu dipadankan memandangkan caruman pekerja sudah termasuk dalam amaun gaji kasar (gaji pokok + sebarang item payroll tambahan).

Bil draf seperti contoh bil di bawah akan dicipta dalam Xero selepas data payroll telah di-sync. Anda perlu luluskan bil untuk kemaskini akaun anda.

 

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.