Dengan integrasi QuickBooks, anda boleh sync data payroll anda dalam buku akaun anda.

1. Sambungkan akaun QuickBooks anda

Sambungkan akaun anda dengan klik Settings > Integrations > QuickBooks > Connect to QuickBooks. Log masuk ke QuickBooks dan klik Connect.

2. Pilih tetapan jurnal anda

Anda boleh memilih sama ada anda ingin menjana catatan jurnal QuickBooks anda secara automatik apabila anda meluluskan payroll anda. Anda boleh memilih tarikh kemasukan jurnal sebagai tarikh payroll diluluskan atau tarikh lain yang bersesuaian.

Jika anda tidak menanda pilihan untuk sync secara automatik pada penyerahan payroll, anda boleh sync payroll individu dengan klik pada Run Payroll > pilih bulan payroll > Sync Data to QuickBooks.

3. Padankan penerima bayaran ke akaun kreditor QuickBooks anda

Pilih akaun kreditor QuickBooks untuk setiap penerima gaji dan bayaran berkanun. Sebagai contoh, Employee boleh dipadankan dengan Salary Payable manakala EPF boleh dipadankan dengan PCB Payable atau LHDN bergantung kepada nama akaun anda dalam QuickBooks.

4. Padankan item bayaran ke akaun perbelanjaan QuickBooks anda

Padankan item payroll anda ke akaun perbelanjaan yang sesuai. Gaji pokok dan sebarang item payroll atau potongan gaji tambahan perlu dipadankan. Anda boleh memilih untuk menambah item payroll tambahan secara individu atau anda boleh menunjukkan semua item payroll. Hanya caruman majikan yang perlu dipadankan memandangkan caruman pekerja sudah termasuk dalam amaun gaji kasar (gaji pokok + sebarang item payroll tambahan).

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.