Dengan integrasi Jibble, anda boleh sync data cuti dan kerja lebih masa pekerja dari Jibble ke dalam payroll bulanan anda.

1. Sambungkan dengan akaun Jibble anda

Pergi ke Settings > Integrations > Jibble dan klik Connect with Jibble. Log masuk ke Jibble.

2. Sediakan tenants anda

Pilih Role dan Organization yang anda ingin sambungkan. Anda boleh pilih Owner atau Admin dibawah Role. Jika anda menggunakan login admin Jibble, kebenaran penuh Jibble perlu diaktifkan.

 

3. Padankan tetapan anda

Anda perlu padankan tetapan anda untuk regular hours of hourly-paid employees, leaves dan overtime. Pilih date range dan pekerja yang ada mahu sync data Jibble.

 

4. Tambah pekerja PayrollPanda dalam Jibble

Untuk pekerja sedia ada:

Untuk sync pekerja PayrollPanda ke Jibble, mulakan dengan pergi ke tab Employees dalam PayrollPanda, dan pilih pekerja yang anda ingin tambah dalam Jibble.

Klik butang Add to Jibble di bahagian sudut kanan atas.

Tandakan kotak Send invitations by email jika anda ingin menghantar jemputan kepada pekerja supaya mereka boleh mencipta akaun Jibble. Tekan Confirm.

Apabila anda lihat logo Jibble di sebelah nama pekerja, itu bermakna mereka telah berjaya dimasukkan ke akaun Jibble anda.

Untuk pekerja baru:

Sementara dalam proses untuk menambah pekerja dalam PayrollPanda, anda juga boleh tambah pekerja dalam Jibble. Mula dengan klik pada butang +Employee di bahagian sudut kanan atas.

Semasa anda mengisi data, apabila anda sampai ke bahagian Employment, klik butang Add to Jibble. Itu sahaja yang diperlukan!

5. Sync data anda

Selepas anda padankan tetapan anda, anda boleh sync data anda dengan pergi ke Payroll > pilih bulan payroll dan klik ikon Sync Payroll data > pilih Jibble.

Anda boleh semak data yang telah di-sync di bahagian berikut:

• Bilangan jam untuk pekerja yang dibayar mengikut jam muncul dalam jadual payroll.

• Bilangan jam untuk kerja lebih masa dan bilangan hari untuk cuti tanpa gaji bagi pekerja bergaji bulanan muncul dalam jadual payroll.

•  Bilangan hari bekerja, cuti umum, cuti tahunan dan cuti sakit yang diambil serta bilangan baki cuti akan muncul di bahagian nota kaki slip gaji mengikut peraturan pekerjaan.

6. Terbitkan slip gaji dalam akaun Jibble pekerja

Selepas payroll diluluskan dalam PayrollPanda, anda boleh terbitkan slip gaji pekerja dalam akaun Jibble mereka dengan klik Publish Payslips to dan pilih Jibble.

Pekerja boleh muat turun slip gaji dalam akaun Jibble mereka dengan klik pada Your account settings > View Payslip > pilih bulan slip gaji.

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.