Call us at +60 3 2787 9168

Akta Pekerjaan 1955, sebagaimana yang dipinda oleh Akta Kerja (Pindaan) 2022, memperuntukkan kelayakan cuti minimum tertentu. Akta tersebut kini meliput semua pekerja, selain daripada seksyen (seperti peruntukan lebih masa atau faedah pemberhentian) hanya terpakai kepada pekerja tertentu seperti pekerja manual atau pekerja yang gaji bulanannya tidak melebihi RM4,000.

Cuti Rehat

Merujuk kepada bahagian 59 di dalam akta, pekerja harus dibenarkan untuk menerima sekurang-kurangnya satu hari cuti rehat setiap minggu.

Cuti Umum

Bahagian 60D di dalam akta memperuntukan bahawa pekerja berhak mendapat 11 cuti umum berbayar dalam satu tahun kalendar, dan 5 daripadanya sepatutnya:

(i)  Hari Kemerdekaan;

(ii) Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong;

(iii) Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri atau Pemerintah, mengikut mana yang berkenaan, negeri di mana pekerja itu sepenuhnya atau sebahagian besarnya bekerja di bawah kontrak perkhidmatannya atau mengikut Hari Wilayah Persekutuan, jika pekerja itu bekerja sepenuhnya atau sebahagian besarnya di Wilayah Persekutuan

(iv) Hari Buruh; dan

(v) Hari Malaysia.

Selain itu, pekerja berhak mendapat cuti umum bergaji pada mana-mana hari yang ditetapkan sebagai hari kelepasan am untuk tahun tersebut di bawah seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951.

Sekiranya cuti umum jatuh pada hari rehat atau cuti umum yang lain, maka hari bekerja berikutnya adalah cuti umum (hari cuti peristiwa). Jika pekerja mempunyai lebih daripada satu hari cuti dalam seminggu maka hanya hari cuti terakhir yang dikira sebagai hari rehat untuk tujuan Akta Pekerjaan.

Cuti Tahunan

Bahagian 60E akta menerangkan pekerja berhak untuk menerima cuti tahunan berbayar sebanyak:

  • 8 hari untuk setiap dua belas bulan perkhidmatan berterusan jika dia telah bekerja untuk tempoh kurang dari dua tahun;

  • 12 hari untuk setiap dua belas bulan perkhidmatan berterusan jika dia telah bekerja untuk tempoh lebih daripada dua tahun tetapi kurang daripada lima tahun; dan

  • 16 hari untuk setiap dua belas bulan perkhidmatan berterusan jika dia telah bekerja dengan majikan yang sama lebih daripada lima tahun.

Pekerja hendaklah mengambil cuti selewat-lewatnya 12 bulan selepas tamat perkhidmatan bagi setiap 12 bulan

seterusnya, dan dia tidak lagi berhak mendapat cuti tersebut jika dia gagal berbuat demikian.

Kelayakan cuti tahunan harus di prorata jika pekerja tidak menamatkan perkhidmatan selama dua belas bulan pada tahun di mana kontraknya ditamatkan – (sebarang pecahan satu hari yang kurang daripada setengah hari tidak diambil kira, sementara setiap pecahan yang lebih daripada setengah hari dianggap satu hari).

Untuk maklumat lanjut tentang cara mengira kadar harian untuk gaji cuti yang tidak digunakan, sila rujuk perenggan Bayaran Cuti dalam artikel ini.

Cuti Sakit

Di bahagian 60F akta memperuntukkan pekerja berhak untuk menerima cuti sakit seperti berikut:

  • 14 hari setiap tahun kalendar bagi pekerja yang bekerja kurang daripada dua tahun;

  • 18 hari setiap tahun kalendar bagi pekerja yang bekerja lebih daripada dua tahun tetapi lebih daripada lima tahun;

  • 22 hari setiap tahun kalendar sekiranya pekerja telah bekerja lebih daripada lima tahun.

Jika ada keperluan untuk dirawat di hospital, pekerja berhak mendapat cuti tambahan 60 hari. Kelayakan cuti sakit tidak boleh diproratakan jika pekerja menyertai atau meninggalkan syarikat pada tahun tersebut.

Cuti Bersalin

Merujuk kepada bahagian 37 akta, pekerja wanita berhak mendapat cuti bersalin selama 98 hari berturut-turut. Dia harus mendapat elaun bersalin dengan kadar gaji biasa bagi tempoh yang layak sekiranya:

(i) dia telah diambil bekerja oleh majikan untuk jangka waktu, atau jangka masa berjumlah, hingga tidak kurang dari sembilan puluh hari selama sembilan bulan tepat sebelum dia berpantang; dan

(ii) dia telah diambil bekerja oleh majikan pada bila-bila masa dalam empat bulan tepat sebelum dia berpantang.

Cuti bersalin tidak boleh dimulakan lebih awal daripada tempoh tiga puluh hari tepat sebelum dia berpantang atau lewat sehari daripada hari selepas kelahiran. Tiada elaun bersalin perlu dibayar jika pekerja mempunyai 5 atau lebih anak yang masih hidup semasa dia berpantang.

Cuti  Paterniti

Merujuk kepada 60FA akta, pekerja lelaki yang sudah berkahwin berhak mendapat cuti paterniti pada kadar gaji biasa mereka selama 7 hari berturut-turut (terhad kepada 5 kali berpantang) dengan syarat:

(i) dia telah bekerja dengan majikan yang sama sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum permulaan cuti paterniti; dan

(ii) dia telah memberitahu majikan tentang kehamilan itu sekurang-kurangnya 30 hari dari jangkaan berpantang atau seawal mungkin selepas kelahiran.

Ingin mengetahui bagaimana anda boleh kendali payroll dengan mudah? Jom tempah sesi demo bersama kami sekarang!

Try us now and run your first payroll for FREE

No Obligations or Credit Card Details Required

Get started
Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.