Ya, anda boleh membuka semula payroll dengan menukarkan status daripada Approved ke Draft. Sebelum anda membuka semula payroll anda, kami menyarankan anda simpan Payroll Upload Template untuk payroll yang anda akan bukakan seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

 

Dengan cara itu, anda boleh memuat naik semula data payroll ke payroll anda jika diperlukan sekiranya sebarang data berubah apabila anda membuka semula payroll tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa sebarang perubahan gaji yang dilalukan pada jadual payroll akan kekal seperti sebelum anda meluluskan payroll. Tetapi, jika perubahan dilakukan kepada mana-mana profil pekerja, perubahan tersebut akan menpengaruhi payroll anda yang dibuka semula.

Cara lain untuk membuka semula payroll anda adalah dengan klik pada Reopen payroll.

Pastikan anda meluluskan payroll anda sekali lagi sebelum menjalankan payroll bulan yang seterusnya kerana kerana sebarang data slip gaji yang terbuka tidak akan diambil kira dalam pengiraan PCB payroll berikutnya.

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.