Peruntukan yang dijelaskan dalam artikel ini terpakai kepada kategori pekerja dibawah seksyen kerja lebih masa dalam Akta Kerja (termasuk mana-mana pekerja berpendapatan tidak melebihi RM4,000, serta pekerja manual yang terlibat atau menyelia buruh manual tanpa mengira had gaji).
Kadar berbeza dikenakan bergantung pada sama ada kerja dilakukan pada hari kerja biasa, hari rehat atau cuti umum, serta sama ada pekerja bekerja semasa atau di luar waktu kerja biasa mereka berdasarkan kontrak pekerjaan mereka.
Kami juga menyatakan item gaji lebih masa yang anda boleh gunakan untuk pengiraan automatik kadar setiap jam berdasarkan gaji pekerja. Sila rujuk perenggan Kadar Upah Biasa untuk mengenalpasti sama ada asas pengiraan bagi kadar setiap jam yang anda tetapkan di Settings > Payroll Settings > Policies adalah mengikut garisan minimum Akta Kerja.
Kerja lebih masa pada hari bekerja biasa
Bagi sebarang kerja lebih masa yang dilakukan di luar waktu bekerja normal, pekerja perlu dibayar pada kadar tidak kurang daripada satu setengah kadar gaji sejam mereka.
Di PayrollPanda, anda boleh menggunakan item preset automatik Overtime (x1.5).
Kerja lebih masa pada hari cuti rehat
Setiap pekerja berhak mendapat sekurang-kurangnya satu hari rehat setiap minggu. Dimana pekerja dibenarkan bercuti rehat lebih daripada satu hari dalam seminggu (pekerja yang bekerja 5 hari seminggu), hari cuti rehat terakhir adalah cuti rehat bagi kerja lebih masa. Jadi, bagi pekerja yang bekerja pada hari Isnin hingga Jumaat, hari cuti rehat mereka adalah pada hari Ahad.
Pekerja yang dibayar gaji secara harian yang bekerja pada hari cuti rehat pada waktu bekerja normal, kiraan gaji pekerja adalah seperti berikut:
- 1 hari gaji jika kerja tidak melebihi separuh masa bekerja normal; atau
- 2 hari gaji jika kerja melebihi separuh hari bekerja tetapi tidak melebihi masa bekerja normal.
Pekerja yang dibayar gaji secara bulanan yang bekerja pada hari cuti rehat pada waktu bekerja normal, kiraan gaji pekerja adalah seperti berikut:
- 1/2 hari gaji jika kerja tidak melebihi waktu bekerja normal; atau
- 1 hari gaji jika bekerja lebih daripada separuh tetapi tidak melebihi waktu bekerja normal.
Di PayrollPanda, anda boleh menggunakan item preset automatik Rest Day Pay. Anda perlu masukkan 0.5 sebagai unit jika pekerja bekerja separuh daripada waktu bekerjanya dan 1 jika pekerja bekerja lebih daripada separuh waktu bekerjanya.
Untuk kerja lebih masa pada hari cuti rehat di luar waktu kerja normal, pekerja perlu dibayar pada kadar tidak kurang daripada dua kali kadar kiraan gaji jam pekerja tersebut. Di PayrollPanda, anda boleh menggunakan preset automatik Overtime (x2)
Kerja lebih masa pada cuti umum
Jika pekerja bekerja semasa waktu bekerja normal pada hari cuti umum, sebagai tambahan bayaran gaji cuti umum yang layak diterima, seseorang pekerja layak menerima dua hari gaji pada kadar upah biasa, tidak kira tempoh kerja yang dilakukan pada hari itu adalah kurang daripada waktu kerja biasa.
Di PayrollPanda, anda boleh menggunakan item preset automatik Public Holiday Pay. Anda perlu masukkan 1 sebagai unit untuk setiap hari cuti umum pekera bekerja, tanpa mengira bilangan jam bekerja pada hari berkenaan.
Bagi sebarang kerja lebih masa yang dilakukan oleh pekerja di luar waktu bekerja normal pada hari cuti umum, pekerja perlu dibayar pada kadar tidak kurang daripada 3 kali ganda gaji sejam. Di PayrollPanda, anda boleh menggunakan item preset automatik Overtime (x3).
Kadar Upah Biasa
Akta Kerja menggariskan kadar minimum gaji harian untuk pengiraan kerja lebih masa adalah: upah bulanan (seperti yang ditakrifkan di bawah*) / 26. Walaubagaimanapun, majikan juga boleh memilih kaedah pengiraan lain yang lebih menguntunkan pekerja, cth, upah bulanan / 22 jika pekerja bekerja 5 hari seminggu. Di PayrollPanda, anda boleh memilih asas pengiraan kerja lebih masa di Settings > Payroll Settings > Policies. Jika pekerja anda bekerja 6 hari seminggu, sila maklum bahawa terdapat beberapa bulan yang mempunyai 27 hari bekerja. Oleh itu, ia lebih baik untuk memilih Fixed Days – 26 hari sebagai asas pengiraan kerja lebih masa berbanding Working Days untuk mengelakkan membayar kerja lebih masa di bawah kadar minimum.
*Upah untuk tujuan ini ditakrifkan sebagai:
Upah bererti gaji pokok dan pembayaran-pembayaran lain secara tunai yang perlu dibayar kepada pekerja untuk kerja yang dilakukan mengikut kontrak perkhidmatannya tetapi tidak termasuk:
- nilai mana-mana penginapan rumah atau bekalan makanan, bahan bakar, cahaya atau air atau rawatan perubatan, atau kemudahan atau perkhidmatan yang diluluskan;
- apa-apa caruman yang dibayar oleh majikan untuk akaunnya sendiri ke mana-mana dana pencen, dana simpanan, skim superannuasi, pemberhentian kerja, skim pemberhentian kerja atau persaraan, atau skim lain yang ditubuhkan untuk kepentingan atau kebajikan pekerja;
- apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsensi perjalanan;
- apa-apa jumlah yang perlu dibayar kepada pekerja untuk menanggung perbelanjaan khas yang diperlukan oleh kerana jenis pekerjaannya;
- apa-apa ganjaran yang perlu dibayar semasa pelepasan atau persaraan; atau
- apa-apa bonus tahunan atau apa-apa bahagian daripada bonus tahunan.
Perkara berikut juga dikecualikan daripada takrif upah untuk tujuan pengiraan lebih masa: sebarang bayaran yang dibuat di bawah skim pembayaran insentif yang diluluskan atau sebarang bayaran untuk kerja yang dilakukan pada hari rehat atau pada mana-mana hari kelepasan am yang diwartakan yang diberikan oleh majikan di bawah kontrak perkhidmatan atau mana-mana hari menggantikan hari cuti umum yang diwartakan.