Borang CP22A perlu diserahkan kepada LHDN apabila seseorang pekerja berhenti kerja di syarikat anda. Sila maklum bahawa anda tidak perlu menyerahkan borang CP22A sekiranya PCB pekerja berkenaan dipotong dengan betul atau gaji pekerja dibawah ambang PCB, dan jika pekerja tidak bersara. Di dalam PayrollPanda, anda boleh memuat turun borang CP22A di Employees > pilih pekerja > Forms > Other Forms.

 

Sila ambil perhatian bahawa amaun di bawah kategori B akan diambil daripada jadual YTD yang terdapat di bawah tab Payroll pekerja, jadi sila pastikan anda telah meluluskan payroll bulan lepas untuk pekerja berkenaan jika anda ingin memasukkan amaun payroll bulan tersebut dalam CP22A. Gaji bersih yang ditahan dalam D1 diambil daripada payroll terakhir pekerja.

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.