Anda boleh menetapkan tarikh cut-off payroll anda di Settings > Payroll Settings > Cycles. Anda boleh memilih tarikh bila kitaran gaji anda tamat serta menentukan bulan payroll untuk kitaran anda.

Jika tarikh cut-off adalah pada 25hb, bermakna anda inginkan bulan payroll anda menjadi bulan di mana kitaran payroll anda berakhir, contoh: kitaran payroll antara 26 Januari hingga 25 Februari adalah payroll Februari dan bukan payroll Januari.

Manakala, jika tarikh cut-off anda adalah pada 4hb, bermakna anda inginkan bulan payroll anda menjadi bulan di mana kitaran payroll anda bermula, contoh: kitaran payroll antara 5 Januari hingga 4 Februari adalah untuk payroll Januari dan bukan payroll Februari.

Contoh

Jika tetapan anda sama seperti rajah di atas, kitaran payroll anda akan bermula pada 25hb bulan sebelumnya hingga 24hb pada bulan payroll.

Sekiranya pekerja baru anda mula bekerja di syarikat anda pada 10 Januari, gaji mereka akan dibayar untuk 10 hingga 24 Januari dalam payroll Januari. Pada payroll Februari, mereka akan menerima gaji bulanan penuh untuk kitaran payroll 25 Januari hingga 24 Februari. Sekiranya pekerja berhenti bekerja di syarikat anda pada 18 Mac, gaji mereka akan diproratakan untuk 25 Februari hingga 18 Mac.

Jika anda ingin menetapkan tarikh cut-off yang berlainan untuk pekerja yang berbeza, anda boleh mencipta beberapa kitaran payroll untuk ditetapkan kepada pekerja yang berbeza. Anda cuma perlu klik +Add untuk mencipta kitaran payroll yang baru.

 

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.