Anda boleh mencipta lokasi berbeza di mana syarikat anda beroperasi dan menentukan pekerja anda ke pelbagai lokasi. Dengan menentukan pekerja kepada lokasi yang dicipta, anda boleh menggunakan ciri tapisan apabila anda memproses payroll, membayar pekerja atau menjana laporan mengikut lokasi yang dipilih.

Cipta Locations dan Menentukan Pekerja

Pertama sekali, sila cipta lokasi di bawah Settings > Company Settings > Locations dengan klik pada +Add.

Anda perlu mengisi nama serta alamat bagi lokasi anda, seterusnya menentukan pekerja bagi lokasi tersebut.

Anda boleh klik pada ikon pensel bagi lokasi tertentu jika anda ingin menukar pekerja yang ditetapkan pada lokasi tersebut. Seseorang pekerja akan dialih keluar secara automatik dari lokasi mereka terdahulu jika mereka ditukarkan ke lokasi yang baru.

Anda juga boleh menetapkan atau menukarkan lokasi bagi mana-mana pekerja dalam profil mereka di bawah tab Groups.

Arkib/Padam Locations

Anda boleh sama ada arkibkan satu-satu lokasi, yang mana akan menyimpan rekod bagi lokasi itu, atau, padamkan ia secara kekal.

Untuk mengarkibkan lokasi, klik ikon Archive untuk jadual berkenaan. Anda akan diarahkan untuk menetapkan semula pekerja ke lokasi yang berbeza, atau pekerja tidak lagi ditetapkan kepada mana-mana lokasi.

Untuk memadam lokasi yang sudah diarkibkan secara kekal, pergi ke Archived dan klik pada ikon Delete bagi lokasi berkenaan.

Untuk mengembalikan semula lokasi yang telah diarkibkan, klik pada ikon Unarchive.

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.