Anda boleh mengisi butiran kad kredit anda dengan menekan butang Add payment method. Sekiranya anda telah mengisi butiran kad kredit anda, pembayaran anda akan dicaj secara automatik sebaik sahaja invois anda diisukan pada penghujung percubaan percuma 1-bulan anda. Anda boleh melihat bilangan hari yang berbaki untuk tempoh percubaan anda di sebelah kiri akaun anda, di bawah menu Settings. Sebarang pembayaran seterusnya juga akan dicaj pada kad kredit anda sebaik sahaja invois baharu diisukan.

Jika anda tidak mengisi butiran kad kredit anda sebelum tempoh percubaan anda tamat, langganan anda akan disekat dan anda hanya boleh mengakses kepada tab Subscription Settings dalam akaun anda. Sila hubung kami melalui chat dalam akaun anda atau hantarkan emel ke admin@payrollpanda.my jika anda memilih untuk membuat bayaran melalui pindahan wang melalui bank.

 

Subscription Details anda menunjukkan sama ada anda melanggan secara bulanan atau tahunan serta bilangan tempat duduk yang akan diinvoiskan pada penghujung tempoh percubaan anda atau anda telah diinvois jika tempoh percubaan anda telah tamat. Bilangan tempat duduk adalah berdasarkan bilangan pekerja aktif di tab Employees. Pekerja yang telah diarkibkan tidak dikira dalam peruntukan tempat duduk anda.

Anda boleh mengubah langganan bulanan anda kepada langganan tahunan dan menikmati diskaun 15%  dengan menekan pada ikon pensil pada medan Billing cycle. Anda akan menerima invois tahunan anda pada tarikh pengebilan anda yang seterusnya.

Anda dikehendaki menambah tempat duduk tambahan jika anda ingin menambah lebih ramai pekerja berbanding bilangan pekerja yang telah diinvoiskan untuk anda. Terdapat dua cara untuk menambah tempat duduk tambahan:

1. Anda boleh ke tab Employees dan cipta profil pekerja baharu anda. Sebaik sahaja anda klik pada butang Save, anda akan diminta untuk mengesahkan bahawa anda ingin menambah tempat duduk pada langganan anda. Anda akan dibil bagi setiap tempat duduk tambahan untuk sebulan jika anda melanggan secara bulanan, atau untuk bilangan bulan yang berbaki dalam kitaran langganan tahunan anda jika anda menggunakan langganan tahunan.

2. Sebagai alternatif, anda boleh menambah tempat duduk secara terus di Settings > Subscription Settings dan klik pada tanda + di sebelah kanan medan Seats. Anda akan dapat menambah beberapa tempat duduk sekali gus sebelum membuat profil pekerja baharu anda.

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.