Potongan Cukai

Potongan cukai ditolak daripada pendapatan boleh dicukai tahunan anda untuk mencapai pendapatan bercukai tahunan anda, yang mana ia akan digunakan untuk mengira cukai tahunan dan potongan cukai bulanan (PCB) anda. Majikan perlu mendapatkan butiran status perkahwinan dan tanggungan anak pekerja mereka bagi tujuan memasukkan potongan wajib dalam pengiraan PCB pekerja. Pekerja juga boleh menuntut potongan pilihan dengan menyerahkan borang TP1 kepada majikan mereka untuk mana-mana bulan payroll. Majikan hendaklah memasukkan amaun potongan cukai pilihan tersebut dalam payroll mereka bagi mengurangkan PCB pekerja. Di PayrollPanda, semua potongan cukai pilihan tersebut diletakkan di bawah kategori Tax Deductions.

Potongan Wajib

Potongan Amaun terhad kepada (RM)
Individu
Potongan individu berkenaan dengan dirinya dan saudara tanggungannya diberikan secara automatik.
9,000
Pasangan
Potongan berkenaan dengan pasangan yang tinggal bersama dalam tahun asas dengan syarat pasangan tidak mempunyai sumber pendapatan/jumlah pendapatan atau telah memilih untuk taksiran bersama.
4,000
Anak
Ketahui lebih lanjut tentang potongan tambahan berkaitan dengan anak tanggungan.
2,000
Caruman KWSP
Potongan untuk caruman KWSP pekerja.
4,000
Orang Kurang Upaya
Potongan tambahan untuk individu kurang upaya.
7,000
Pasangan Kurang Upaya
Potongan tambahan bagi individu yang tinggal bersama pasangan OKU tanpa pendapatan.
6,000

Potongan Cukai Pilihan

Potongan Amaun terhad kepada (RM)
Rawatan Perubatan, Keperluan Khas atau Perbelanjaan Penjagaan Ibu Bapa
Rawatan perubatan, keperluan khas dan perbelanjaan penjaga untuk ibu bapa serta datuk nenek. Perbelanjaan perubatan yang layak mendapat potongan termasuk:

  • penjagaan dan rawatan perubatan yang disediakan oleh rumah penjagaan;
  • pemeriksaan dan rawatan pergigian;
  • pemeriksaan kesihatan penuh ibu bapa sehingga RM1,000, termasuk perbelanjaan vaksinasi.

Tuntutan mestilah disokong oleh pengamal perubatan yang bertauliah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia bahawa keadaan perubatan ibu bapa memerlukan rawatan perubatan atau keperluan khas atau penjaga.
Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia. Perkhidmatan rawatan dan penjagaan perubatan diberika di Malaysia. Bagi kes penjaga, ia hendaklah dibuktikan dengan perakuan bertulis, resit atau salinan permit kerja penjaga. Penjaga tidak termasuk suami, isteri, anak atau cucu individu berkenaan.

8,000
Peralatan Sokongan Asas
Pembelian mana-mana peralatan sokongan untuk kegunaan sendiri, sekiranya seseorang individu itu adalah kurang upaya atau untuk kegunaan pasangan, anak atau ibu bapanya yang merupakan seorang kurang upaya. Peralatan sokongan asas termasuk mesin hemodialisis, kerusi roda, kaki tiruan dan alat bantuan pendengaran kecuali kanta optik dan cermin mata.
6,000
Yuran Pendidikan Tinggi (Sendiri)
Potongan bagi yuran pengajian tinggi bagi mana-mana kursus pengajian di institusi atau badan profesional yang diiktiraf Kerajaan Malaysia atau diluluskan oleh Menteri Kewangan bagi tujuan meningkatkan sebarang kemahiran atau kelayakan:

  • sehingga peringkat tertiari (selain Sarjana dan Kedoktoran) dalam undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, perindustrian, saintifik atau teknologi; atau
  • mana-mana kursus pengajian di peringkat Sarjana atau Kedoktoran.

Skop pelepasan termasuk perbelanjaan sebarang kursus pengajian yang dijalankan bagi tujuan peningkatan kemahiran atau peningkatan diri yang dijalankan oleh badan yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran sehingga RM2,000 setahun.

7,000
Perbelanjaan Perubatan bagi Penyakit Serius dan Rawatan Kesuburan
Perbelanjaan perubatan penyakit serius ke atas diri sendiri, pasangan atau anak termasuk rawatan sindrom kekurangan imun yang diperoleh (AIDS), penyakit Parkinson, kanser, kegagalan buah pingang, leukemia, dan penyakit-penyakit lain yang serupa.’Penyakit-penyakit lain yang serupa’ seperti serangan jantung, hipertensi pulmonari, penyakit hati kronik, hepatitis virus fulminan, trauma kepala dengan defisit neurologi, tumor otak atau kecacatan vaskular, kecederaan bakar serius, pemindahan organ utama atau amputasi anggota badan utama.Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan ke atas diri sendiri atau pasangan. Skop pelepasan juga termasuk:

  • perbelanjaan pemeriksaan perubatan lengkap (termasuk pembelian kit ujian kendiri dan yuran ujian pengesanan di klinik) untuk diri sendiri, pasangan dan anak sehingga RM1,000;
  • perbelanjaan vaksinasi (semua vaksinasi yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan) untuk diri sendiri, pasangan dan anak sehingga RM1,000;
  • perbelanjaan intervensi untuk autisme, ADHD, Sindrom Down dan ketidakupayaan pembelajaran khusus bagi kanak-kanak sehingga RM10,000; dan
  • pemeriksaan dan rawatan pergigian sehingga RM1,000.
10,000
Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 
Amaun yang didepositkan dalam SSPN oleh individu untuk pendidikan anak-anaknya.  Potongan ini terhad kepada jumlah bersih yang didepositkan pada tahun asas itu sahaja (deposit ditolak pengeluaran untuk tahun semasa).
8,000
Bayaran Alimoni kepada Bekas Isteri
Bayaran alimoni atau nafkah kepada bekas isteri boleh ditolak dengan syarat jumlah potongan bagi isteri yang tidak berpendapatan dan pembayaran nafkah kepada bekas isteri adalah terhad kepada RM4,000 setahun. Bayaran alimoni secara sukarela kepada bekas isteri atas persetujuan bersama tetapi tanpa sebarang perjanjian rasmi tidak layak untuk potongan.
4,000
Insurans Hayat
Potongan untuk premium insurans hayat dan caruman sukarela kepada KWSP.
3,000
Caruman kepada Skim Persaraan Swasta dan Pembayaran Anuiti Tertangguh
Potongan atas caruman kepada Skim Persaraan Swasta yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 atau pembayaran premium anuiti tertangguh  atau kedua-duanya.
3,000
Insurans Pendidikan dan Perubatan
Potongan atas premium insurans berkenaan dengan faedah pendidikan atau perubatan untuk diri sendiri, pasangan atau anak, termasuk anak-anak yang belum berkahwin di bawah umur 18 tahun, atau melebihi 18 tahun dan sedang mengikuti pendidikan tinggi, atau kurang upaya.
4,000
Caruman PERKESO
Potongan untuk caruman SOCSO dan SIP pekerja.
350
Pelepasan Gaya Hidup
Pelepasan cukai gabungan untuk bahan bacaan dan komputer (termasuk pembelian akhbar,  telefon pintar dan tablet, langganan internet dan yuran kursus peningkatan kemajuan diri).
2,500
Pelepadan Sukan
Potongan cukai untuk peralatan sukan, sewa kemudahan dan yuran pertandingan, serta yuran keahlian gimnasium dan latihan sukan untuk diri sendiri, pasangan dan anak atau ibu bapa.
1,000
Peralatan Penyusuan
Potongan untuk pembelian peralatan penyusuan, untuk pembayaran cukai wanita sahaja.
1,000 (sekali setiap 2 tahun)
Pendidikan Awal
Potongan untuk pembayar cukai yang mendaftarkan anak-anak mereka berumur 12 tahun dan ke bawah ke taska, tadika atau pusat penjagaan kanak-kanak yang berdaftar.
3,000
Perbelanjaan Kemudahan Mengecas Kenderaan Elektrik (EV)
Potongan cukai untuk perbelanjaan yang berkaitan dengan:

  • kos pemasangan pengecas EV;
  • purchase (including hire purchase) of EV charger; pembelian (termasuk sewa beli) pengecas EV:
  • penyewaan pengecas EV; atau
  • fi langganan kemudahan pengecasan EV;
  • pembelian mesin pengkomposan sisa makanan, mesin rincih sisa makanan dan kamera litar tertutup (CCTV) (untuk tuntutan satu kali sama ada pada tahun 2026 atau 2027).
2,500
Bayaran Faedah Pinjaman Rumah Pertama
Potongan cukai untuk pembayaran faedah yang ditanggung oleh pembeli rumah kali pertama yang berwarganegara Malaysia dan pemastautin:

  • sehingga RM7,000 untuk kediaman bernilai sehingga RM500,000 atau sehingga RM5,000 bagi kediaman bernilai antara RM500,001 dan RM700,000.
  • Pelepasan ini tersedia selama 3 tahun berturut-turut bermula dari tahun pertama pembayaran faedah bagi perjanjian jual beli yang dilaksanakan antara 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027.
7,000/5,000
Perbelanjaan Pelancongan Domestik
Potongan sehingga RM1,000 untuk bayaran fi kemasukan ke pusat pelancongan serta program kebudayaan dan kesenian.
1,000

Rebat Cukai

Berbeza dengan potongan cukai yang merupakan pengurangan dalam pendapatan bercukai tahunan anda, rebat cukai adalah pengurangan dalam jumlah cukai yang anda bayar selepas anda mengira cukai anda untuk tahun tersebut.

Rebat Zakat

Zakat boleh dipotong melalui gaji atau pekerja membayar secara terus kepada pihak berkuasa zakat atau badan amal yang layak (di mana dalam hal ini, potongan PCB hendaklah dituntut oleh pekerja melalui borang TP1)

Rebat bagi Individu Berpendapatan Bercukai tidak melebihi RM35,000

Rebat RM400 tersedia bagi individu dengan pendapatan bercukai tahunan yang tidak melebihi RM35,000. Sekiranya pasangan tidak mempunyai pendapatan atau ditaksir bersama, rebat tambahan sebanyak RM400 boleh dituntut.

Rebat Cukai Pelepasan bagi Penerbangan Umrah dan Haji ke Tanah Suci

Rebat cukai ke atas amaun levi pelepasan yang dibayar semasa menunaikan Umrah atau ziarah ke tempat-tempat suci.

Rebat ini boleh dituntut sebanyak dua kali dalam tempoh seumur hidup dan perlu dituntut berserta bukti pas penerbangan dan salah satu daripada yang berikut:

(a) Visa Umrah yang dikeluarkan oleh kedutaan Kerajaan Arab Saudi; atau

(b) Surah pengesahan ziarah ke tempat suci daripada badan agama yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama, Jabatan Perdana Menteri.

Rebat ini tidak akan diberikan terhadap levi pelepasan yang dibayar bagi tujuan menunaikan haji.

Streamline your payroll for FREE!

Experience seamless payroll management at no cost! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2026 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.