Schedules digunakan untuk pengiraan gaji berdasarkan hari bekerja dan hari tetap.

Cipta Schedule dan Tentukan Pekerja

Pergi ke Settings > Company Settings > Schedules dan klik +Schedule untuk mencipta jadual.

Anda boleh menetapkan hari bekerja di bawah Work days dan tempoh jam bekerja setiap hari. Anda boleh memilih jadual tertentu sebagai jadual asal (default) untuk menentukan jadual pekerja baharu secara automatik.

Anda boleh menentukan mana-mana pekerja bagi jadual berkenaan. Anda boleh menggunakan tab carian dan ciri saringan untuk mencari pekerja anda.

Anda boleh klik pada ikon pensel untuk jadual tersebut jika anda ingin menukar pekerja yang ditetapkan untuk jadual itu. Seseorang pekerja akan dialih keluar secara automatik daripada jadual terdahulu yang ditetapkan kepada mereka apabila pekerja tersebut ditetapkan kepada jadual yang baru.

Anda juga boleh menetap atau menukar jadual bagi mana-aman pekerja dalam profil mereka di bawah tab Group.

Arkib/Padam Schedule

Anda boleh sama ada arkibkan sesuatu jadual, yang mana akan menyimpan rekod jadual itu, atau, padamkan ia secara kekal. Untuk mengarkibkan jadual, klik ikon Archive untuk jadual berkenaan. Anda akan diarahkan untuk menetapkan semula pekerja ke jadual yang berbeza. Sila ambil maklum bahawa jadual asal (default) tidak boleh diarkibkan, jadi anda perlu menetapkan jadual lain sebagai jadual asal (default) sebelum anda mengarkibkan jadual tersebut.

Untuk memadam jadual, pergi ke Archived dan klik ikon Delete untuk jadual tersebut.

Untuk mengembalikan semula jadual yang telah diarkibkan, klik pada ikon Unarchive.

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.