Pengurusan Pekerja

Jejaki rekod pekerja di satu tempat dengan aplikasi gaji mesra pengguna kami.

CUBA SECARA PERCUMA
Import employees

Ucapkan selamat tinggal kepada tugasan manual

Tambahkan butiran seperti maklumat YTD gaji dengan mudah melalui PayrollPanda. Dengan sistem yang ringkas dan tepat, anda boleh import data secara pukal atau melalui API dalam beberapa minit sahaja.

Cuba secara PERCUMA

Penjanaan automatik dokumen rasmi

Automatikkan proses onboarding dan offboarding untuk pekerja anda. Muat turun borang penting seperti CP22 dan CP22A, data cuti, slip gaji dan fail-fail yang berkaitan dengan beberapa klik.

Forms in employee profile
View and edit employee details

Akses data dengan mudah

Dapatkan butiran pekerja dengan mudah; daripada hubungan kecemasan, jabatan pekerja atau maklumat sejarah gaji, semuanya dalam sistem Layan Diri Pekerja kami.

Laporan di hujung jari anda

Dapatkan laporan yang anda perlukan dengan penapisan data PayrollPanda. Himpunkan data mengikut tarikh, pekerja, jabatan atau lokasi dan lihat setiap butiran kos yang dibelanjakan. Eksport data pada bila-bila masa.

Filtering for report
Payrollpand

Sokongan pematuhan

Dengan sistem gaji yang diluluskan LDHN, kami memastikan anda mematuhi undang-undang buruh tempatan. Daripada status pekerja kepada maklumat sokongan kanak-kanak, kami mengambil kira butiran penting untuk mengoptimumkan pengiraan gaji dan cukai.

Penyelesaian HR

Nikmati keselarasan antara aplikasi sistem gaji, pengurusan cuti, dan pengurusan masa. Dengan aplikasi HR ini, anda dapat menjaga persekitaran kerja yang produktif untuk kakitangan anda, serta menguruskan aspek HR syarikat anda dengan cekap dan profesional.

Terokai integrasi kami!

Payrollpanda and integrated apps
Viewing payslips

Ketelusan penuh

Pastikan segalanya menjadi lebih mudah – pekerja dapat mengakses data mereka tanpa membuat permintaan rasmi kepada pengurus. Ini termasuk semua maklumat yang diperlukan untuk memfailkan cukai, memohon pinjaman, dan lain-lain.

Penyediaan pasukan mudah dan cepat

Hantar e-mel atau jemputan SMS pada platform rakan kongsi PayrollPanda, atau masukkan e-mel pada profil pekerja anda. Dokumen yang berkaitan seperti slip gaji dan borang EA boleh dihantar terus ke peti mel mereka!

Send

Permudahkan proses gaji anda hari ini!

Gunakan PayrollPanda PERCUMA selama 30 Hari! Tiada kad kredit diperlukan.

Cuba Sekarang

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.