Data berada di hujung jari anda! Pekerja mempunyai fleksibiliti untuk mengakses akaun mereka pada komputer riba, tablet atau telefon bimbit.
Mudahkan aliran pengurusan cuti anda. Minta cuti dengan beberapa klik pada telefon bimbit anda; manakala pengurus boleh menyemak dan memberi kelulusan dalam beberapa minit sahaja.
Setelah gaji disahkan dan dikeluarkan, pekerja boleh mengakses slip gaji mereka secara dalam talian dengan mudah. Slip gaji yang telah lalu juga boleh didapati pada bila-bila masa yang diperlukan.
Pekerja boleh akses helaian masa, data cuti dan slip gaji mereka pada bila-bila masa. Maklumat ini kekal tersedia kepada pekerja untuk memastikan ketelusan penuh antara anda dan semua pekerja.
Dengan perisian jam masa Jibble, ketepatan kehadiran dipastikan dengan pengecaman muka dan penjejakan GPS; untuk memastikan pasukan anda berada di tempat yang betul pada masa yang sesuai.
Sediakan dasar perbelanjaan dan lancarkan proses tuntutan syarikat anda bersama dengan pembayaran gaji melalui integrasi PayrollPanda dengan altHR.
Pastikan pekerja dimaklumkan tentang status permohonan cuti mereka dan peringatan masa jadual kerja terus ke telefon bimbit mereka atau terus ke peti masuk e-mel.
Jemput pasukan anda melalui e-mel atau SMS ke organisasi anda. Setelah integrasi antara aplikasi HR dan PayrollPanda selesai, pekerja mendapat ketelusan maksimum maklumat pekerjaan mereka sebaik sahaja mereka log masuk.