Untuk menyerahkan borang E, CP8D atau CP22 melalui e-filing, anda perlu mempunyai peranan Employer atau Employer Representative. Berikut ialah panduan langkah demi langkah  cara anda boleh memohon peranan Employer atau Employer Representative dalam MyTax. 

Cara memohon peranan Employer

Untuk Syarikat Persendirian atau Entiti Persendirian Selain Syarikat

Seorang pengarah syarikat perlu memohon peranan Director dalam akaun MyTax mereka. Proses kelulusan mengambil masa sehingga 5 hari bekerja, dan setelah selesai, mereka akan diberikan peranan Employer secara automatik. Berikut ialah pecahan tentang cara melakukannya:

  1. Pergi ke https://mytax.hasil.gov.my/ dan log masuk ke akaun anda.
  2. Klik pada ikon profil di bahagian atas sebelah kanan.
  3. Pergi ke tab dengan label ‘Role Application’.
  4. Setkan ‘Role Type’ sebagai ‘New Application’.
  5. Setkan ‘Type of Application’ sebagai ‘Directors of The Company’.
  6. Masukkan TIN (Tax Identification Number) organisasi anda.
  7. Muat naik dokumen berikut sebagai dokumen sokongan: Sijil Pendaftaran (Borang 9/Borang Seksyen 17) dan (ii) Senarai pengarah (Borang 49/Borang Seksyen 14).
  8. Klik pada kotak dan tekan ‘Submit’.
  9. Tunggu sehingga permohonan diproses – ia akan mengambil masa sehingga 5 hari bekerja. Status akan bertukar dari ‘New’ kepada ‘Accepted’ apabila permohonan diluluskan.

 

Untuk Pemilik Tunggal, Kerajaan/Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan

Anda perlu memohon terus untuk peranan Employer dalam MyTax. Berikut adalah cara untuk melakukannya:

1. Pergi ke https://mytax.hasil.gov.my/ dan log masuk ke akaun anda.

2. Klik pada ikon profil di bahagian atas sebelah kanan.

3. Pergi ke tab dengan label ‘Role Application’.

4. Setkan ‘Role Type’ sebagai ‘New Application’.

5. Setkan ‘Type of Application’ sebagai ‘Employer’.

6. Pilih ‘Employer Category’ untuk organisasi anda (jika anda adalah perkongsian, LHDN telah mengesahkan bahawa anda harus memilih Sole Proprietorships).

7. Masukkan TIN (Tax Identification Number) organisasi anda.

8. Muat naik dokumen sokongan.

9. Klik pada kotak dan tekan ‘Submit’.

10. Tunggu sehingga permohonan diproses – ia akan mengambil masa sehingga 5 hari bekerja. Status akan bertukar dari ‘New’ kepada ‘Accepted’ apabila permohonan diluluskan.

 

Melantik Employer Representative

Jika anda mempunyai peranan Employer, anda boleh melantik Employer Representative dalam MyTax untuk membantu anda menyerahkan borang majikan melalui akaun MyTax mereka. Berikut adalah cara untuk melakukannya:

  1. Sebelum anda mulakan, sila maklum peranan Employer diperlukan untuk melantik Employee Representative. Jika anda perlu memohon peranan Employer, lihat bahagian sebelumnya untuk panduan langkah demi langkah.
  2. Pergi ke https://mytax.hasil.gov.my/ dan log masuk ke akaun anda.
  3. Di bahagian ‘Role Selection’, klik pada tab biru.
  4. Klik ‘Employer’ dan pilih entiti yang anda ingin lantik untuk employer representative.
  5. Klik ikon profil.
  6. Pergi ke tab ke-empat: ‘Appointment of Representative’.
  7. Pilih jenis ID dan masukkan nombor ID orang yang ingin anda lantik sebagai employer representative.
  8. Klik ‘Submit’
  9. Itu sahaja, selesai!

 

Wakil akan muncul dalam jadual di bahagian bawah halaman. Sekiranya anda perlu mengeluarkan mereka daripada menjadi wakil, klik butang ‘Cancel’.

 

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.