Apabila pekerja meninggalkan syarikat anda, anda boleh menyediakan borang TP3 kepada mereka yang mana borang tersebut mengandungi maklumat slip gaji pekerja bagi tahun semasa yang dibayar oleh syarikat anda dan mana-mana majikan terdahulu yang lain. Pekerja perlu memberikan borang itu kepada majikan baharu mereka jika pekerja mula bekerja dengan majikan baharu dalam tahun yang sama, supaya majikan baharu dapat mengira PCB dengan tepat berdasarkan pendapatan serta potongan caruman yang dibayar pada bulan-bulan terdahulu dalam tahun tersebut.

Pertama sekali, anda perlu arkibkan pekerja kerana borang tersebut hanya boleh dijana sekiranya pekerja telah diarkibkan. Anda boleh memuat turun borang TP3 untuk pekerja yang berhenti kerja di Employees > Archived > pilih pekerja > Forms > Other Forms dan klik pada ikon muat turun pada TP3 Form (for leaver).

 

Jumlah di Bahagian C borang TP3 untuk pekerja yang berhenti kerja diambil daripada jadual Monthly YTD Data yang terdapat di bawah tab Payroll dalam profil pekerja. 

Jika pekerja meninggalkan syarikat anda pada tahun yang sama mereka mula menyertai syarikat anda, sebarang jumlah pendapatan serta potongan caruman yang dibayar oleh mana-mana majikan terdahulu pada tahun ini sebelum pekerja menyertai syarikat anda dan maklumat tersebut dimasukkan dalam borang TP3 mereka di bawah tab Payroll dalam profil mereka juga akan disertakan dalam borang TP3 for (for leaver) mereka, bersama-sama dengan jumlah yang dibayar oleh syarikat anda di jadual Monthly YTD Data.

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.