Apabila anda mendaftar kepada PayrollPanda, akaun anda akan berada di bawah pelan Percuma secara automatik. Anda boleh memilih untuk menaik taraf ke pelan Pro pada bila-bila masa dan menikmati tempoh percubaan selama 1 bulan untuk mencuba semua ciri yang ditawarkan. Anda boleh rujuk pada artikel ini untuk mengetahui ciri-ciri yang tersedia di bawah pelan Percuma dan Pro.
Menaik taraf ke pelan Pro
Untuk menaik taraf ke pelan Pro, anda boleh klik pada Start free trial di bahagian bawah kiri akaun anda, atau anda boleh ke Settings > Subscription Settings dan klik pada Try Pro for free.

Anda boleh memilih sama ada langganan Tahunan atau Bulanan dengan mengalihkan butang ke Annual atau Monthly, seterusnya anda boleh klik Start free trial. Tempoh percubaan 1 bulan anda akan bermula serta-merta.

Notis peringatan akan muncul 3 hari sebelum tempoh percubaan anda tamat. Anda harus menambah butiran kad kredit dengan klik pada Add payment method di tab Subscription Settings anda sekiranya anda ingin meneruskan langganan pelan Pro. Invois akan dijana pada penghujung tempoh percubaan anda berdasarkan bilangan pekerja aktif dalam akaun anda. Kad kredit anda akan dicaj secara automatik apabila invois dikeluarkan.

Menukar ke pelan Percuma
Anda boleh memilih untuk bertukar ke pelan Percuma pada bila-bila masa semasa tempoh percubaan anda dengan klik pada ikon pensel di tab Subscription details > Billing cycle, kemudian klik Change to Free Plan.


Anda boleh menaik taraf ke pelan Pro semula dan meneruskan percubaan percuma anda sekiranya masih dalam tempoh 1 bulan dari tarikh anda pertama kali menaik taraf ke pelan Pro.

Sila ambil maklum bahawa semua ciri serta tetapan yang hanya tersedia di bawah pelan Pro akan dipadamkan secara automatik sekiranya anda menukar pelan anda ke pelan Percuma.

Anda juga boleh menukar ke pelan Percuma selepas tempoh percubaan anda tamat sekiranya anda belum menambah maklumat kad kredit anda, dengan klik pada Downgrade.

